 
 Monday, June 29, 2015
Khalid, Bukan Azmin, Punca Segala Masalah Selangor Hari Ini
EDITOR MENULIS...
29 JUN 2015
Apabila
 Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan Menteri Besar Selangor pada 
2008, mereka yang tahu sejarah kerjaya beliau pasti sudah menjangka 
segala masalah yang akan berlaku kepada Selangor. 
Sejak keluar dari Guthrie, Khalid tidak kelihatan dalam mana-mana 
korporat terkemuka yang tentulah tidak selari dengan imej kehebatan yang
 cuba PKR letakkan ke atasnya. 
Malah khabar angin cara beliau keluar 
dari Guthrie juga boleh dijadikan justifikasi memahami keadaan Selangor 
hari ini.
Maka dari situ bermulalah era kejatuhan kerajaan Negeri Selangor yang diisytiharkan sebagai negeri maju pada 2005. 
Suatu ketika dahulu di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor yang 
dibenci oleh kaum Cina, Dr Mohamad Khir Toyo, Selangor merupakan sebuah 
negeri yang efisyen dan cemerlang dalam pelaburan asing, penawaran rumah
 kos rendah dan mampu milik, penempatan semula setinggan, perkhidmatan 
pengurusan sampah, perbekalan air bersih, kebersihan sehinggalah kepada 
pencapaian sukan dan akademik. 
Hari ini Selangor merudum dan merosot. Sebutlah apa bidang pun, 
Selangor bukan lagi sesuatu rujukan yang cemerlang kecuali pemberian air
 percuma sebanyak RM 11 sebulan. Namun keputusan ini datang dengan 
masalah perbekalan air yang semakin meruncing.
Syabas sudah tidak boleh 
disyabaskan lagi. 
Hanya masa akan menentukan berapa lama lagi para pelabur dapat bersabar dengan isu air ini sebelum angkat kaki. 
Hakikatnya, PKR sudah hampir 8 tahun menyusahkan penduduk Selangor 
dengan masalah Air, Sampah, longkang, Aedes, tikus gergasi dan jalan 
berlubang.
Punca kepada masalah ini ialah PKR dan Pakatan Rakyat terlalu 
mendewa-dewakan Khalid Ibrahim. Kaum Cina pula kerana taksub kepada 
politik DAP sanggup mendiamkan diri dan mengalih isu demi mempertahankan
 Pakatan Rakyat. 
Mereka sanggup berbelanja lebih bagi menjaga kualiti kehidupan mereka
 yang kian merosot di bawah pentadbiran Pakatan hanya semata-mata mahu 
mempertahankan kerajaan pimpinan DAP di Selangor.
Justeru sangat melucukan apabila melihat bekas Menteri Besar, Tan Sri
 Khalid Ibrahim menempelak Azmin Ali kerana gagal menyelesaikan masalah 
air Selangor. 
Krisis air ini peninggalan Khalid Ibrahim yang suatu ketika begitu bongkak menghalang pembinaan 
loji Langat 2 dan menyatakan Selangor tidak akan mengalami krisis 
bekalan air. 
Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata benar apabila membidas 
Khalid Ibrahim yang mengesa beliau supaya segera menyelesaikan 
penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.
“Dia (Khalid) gagal selesaikan selama 6 tahun, saya baru (jadi 
menteri besar) sembilan bulan,” katanya kepada pemberita di kediaman 
rasminya hari ini.
Beberapa hari lalu, Khalid mendakwa sejak mengetuai pentadbiran 
kerajaan negeri itu sehingga kini, Azmin sengaja melambatkan proses 
pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal 
menggariskan pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu itu.
ADUN Pelabuhan Klang itu juga mengingatkan bahawa Lembah Klang bakal 
berdepan dengan krisis air yang serius jika penstrukturan semula air di 
negeri itu tidak dilaksanakan.
Soalnya siapakah yang menghalang dan melwat-lewatkan penstrukturan semula air Selangor yang dirancang semasa Barisan Nasional lagi pada 2007?
Ini belum kita bicara lagi soal statistik denggi yang naik beratus 
peratus sejak dibawah Pakatan Rakyat ini. Belum lagi kita tanya 
jalan-jalan negeri yang terus-terusan merosakkan kenderaan kita biarpun 
saban tahun ratusan juta wang Persekutuan diberi kepada Selangor untuk 
peruntukan jalan raya di bawah pengurusan negeri.
Hakikatnya Pakatan Rakyat telah merosakkan negeri Selangor secara 
perlahan-lahan. Namun untuk Khalid Ibrahim menyalah Azmin Ali langsung 
akal kerana beliaulah punca segala kemusnahan ini. 
Disediakan oleh :
 
 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment