Monday, June 29, 2015
Laporan Helikopter Menteri KDN Hampir Terhempas Tidak Tepat
29 Jun 2015, Kuala Lumpur : Helikopter yang dinaiki Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa berlegar-legar di Pulau
Sebatik, Kalimantan semalam, tidak menghadapi masalah seperti dilaporkan
oleh akhbar harian Indonesia, Kompas.
Setiausaha Akhbar menteri berkenaan, Brig Jen Datuk Fadzlette Othman
Merican Idris Merican sebaliknya, berkata helikopter itu tidak mendarat
dilokasi ditetapkan disebabkan keadaan padang becak yang boleh
menyebabkan helikopter tidak stabil apabila mendarat.
“Oleh itu juruterbang meminta izin daripada menteri untuk beredar dari situ dan cadangan itu dipersetujui menteri.
“Helikopter itu kemudian beredar dan menuju ke destinasi seterusnya
ke Pulau Nyamuk,” katanya ketika diminta mengesahkan kejadian itu, di
ibu negara semalam.
Fadzlette berkata ketika kejadian, Ahmad Zahid dalam lawatan kerja untuk meninjau semua balai polis di pedalaman Sabah.
Semalam, Kompas melaporkan helikopter berkenaan kelihatan menghadapi
kesukaran mendarat dan menarik perhatian anggota Tentera Nasional
Indonesia (TNI) yang bersiap sedia memberi bantuan.
Dipetik daripada sumber : Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment