Monday, June 29, 2015
Sepatutnya MBPP Tiada Masalah Luluskan Permohonan Permit – Zainal
26 Jun 2015, Kuala Lumpur : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang,
 Datuk Zainal Abidin Osman malahirkan harapan agar Majlis Bandaraya 
Pulau Pinang (MBPP) tidak menyusahkan permohonan permit bagi pembinaan 
struktur UMNO di Pejabat UMNO negeri itu.
Ujarnya, Badan Perhubungan UMNO telahpun membuat permohonan permit 
dan ianya telah diterima oleh MBPP pada Selasa lalu namun sehingga hari 
ini ia masih tidak diluluskan.
“Permohonan permit ini bukanlah mengambil masa yang lama. Sepatutnya 
sehari saja boleh lulus. Tapi MBPP seakan sengaja melambat-lambatkan 
perkara ini.
“Oleh itu saya berharap MBPP janganlah menyukarkan perkara yang 
mudah. Ini masalah kecil sahaja. Bila mereka kata kita langgar peraturan
 maka kita akur dan memohon permit.
“Mereka telah bertindak kejam merobohkan struktur tersebut semasa 
permohonan permit masih dalam proses, maka saya berharap permohonan ini 
disegerakan. Struktur tersebut langsung tidak mengganggu lalu lintas dan
 tidak merbahaya. Tidak ada sebab mengapa mereka mahu menangguhkan 
permohonan ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Zainal, sepatutnya struktur tersebut tidak memerlukan permit 
kerana ia memang telah ada cuma diubah daripada tempat asal iaitu di 
dinding bangunan ke atas tanah malah ia terletak dalam kawasan JKP sdn. 
Bhd.
Namun kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, UMNO akur dan memohon 
permit seperti yang diarahkan MBPP. Sayangnya MBPP pula menyukarkan 
kelulusannya.
Baru-baru ini pihak penguatkuasa MBPP telah merobohkan struktur tulisan UMNO di depan bangunan UMNO di Jalan Macalister.
Tindakan tersebut telah mengundang rasa marah dan tidak puas hati semua ahli UMNO kerana tulisan tersebut adalah maruah UMNO.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment