Monday, June 29, 2015
1MDB: Portal Berita Mungkin Disaman - Khalid
Putrajaya : Polis mungkin mempertimbangkan untuk menyaman portal berita The Edge dan Sarawak Report berhubung artikel berkaitan 1Malaysia 
Development Berhad (1MDB), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu 
Bakar.
"Kami akan memanggil sesiapa sahaja untuk siasatan jika terdapat 
keperluan," katanya selepas menghadiri perasmian pameran General Police 
and Special Equipment Exhibition & Conference (GPEC) Asia 2015 di 
sini, Isnin.
Terdahulu, program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Pada minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 berkata, The Edge dan pemiliknya, Datuk Tong Kooi Ong perlu 
bertanggungjawab kerana menyiarkan laporan tidak tepat dan maklumat 
palsu mengenai 1MDB berdasarkan laporan yang diperolehi dari Sarawak 
Report.
Dr Wan Junaidi berkata, tindakan menyaman pihak media tidak boleh 
dianggap sebagai langkah untuk mengawal ketat laporan berkaitan 1MDB.
"Saya tidak fikir kerajaan mempunyai kuasa untuk benar-benar menghalang 
media daripada membuat spekulasi mengenai apa sahaja yang mereka mahu.
"Kerajaan tidak akan mengambil tindakan keras terhadap media... itu 
janji yang dibuat kerajaan apabila kita melancarkan Koridor Raya 
Multimedia pada 1993 dan dasar itu masih digunapakai," kata Dr Wan 
Junaidi. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment