Monday, June 29, 2015
Soal Perpaduan Bukan Hanya Libatkan UMNO Dan Pas – Asyraf
27 Jun 2015, Kota Baharu : Soal perpaduan dalam negara bukan hanya 
melibatkan penggabungan di antara UMNO dan PAS, malah memerlukan 
persefahaman antara semua pihak.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki 
berkata anggota sesebuah parti politik tanpa mengira fahaman perlu 
mencari titik persefahaman di antara mereka untuk mewujudkan sebuah 
negara yang lebih aman.
“Isu perpaduan UMNO dan PAS, bukan hanya bercakap soal perpaduan 
dalam kerangka bergabung (sahaja), ia harus lebih besar daripada itu.
“(Semua pihak perlu) melihat soal bagaimana kepentingan negara, 
kepentingan untuk memastikan bagaimana rakyat ini hidup aman, stabil itu
 dapat kita capai dengan menghormati titik-titik perbezaan 
masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi 
panel pada Wacana Perpaduan Nasional anjuran Majlis Profesor Negara 
(MPN) yang bertemakan Mencari Titik Pertemuan Perpaduan Bersama di sini,
 hari ini.
Wacana ilmiah yang dipengerusikan Ketua Kluster Perpaduan Nasional 
MPN Prof Dr Mansor Mohd Noor itu turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS 
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Sementara itu, Nik Mohamad Abduh yang menyambut baik wacana ilmiah 
yang menggabungkan dua parti politik Melayu Islam itu, berkata program 
berkenaan harus diperluas kepada semua parti politik lain.
“(Untuk) menyelesaikan masalah perpaduan dalam negara kena jemput 
sekali bukan Islam, DAP, MCA, PKR (Parti Keadilan Rakyat).. semua 
sekali. Baharulah lebih menyeluruh wacana ilmiah mengenai perpaduan 
(dalam negara),” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment