Monday, June 29, 2015
Amy Search Kesal Kaitkan Penubuhan Tahfiz dengan Nabila Huda
Penyanyi rock legenda, Amy Search meminta orang ramai berhenti
mengaitkan penubuhan sekolah tahfiz miliknya, Sekolah Al-Quran dan Hadis
Al-Bayan dengan Nabila Huda.
Beliau berkata, walaupun Nabila yang kini mempunyai cahaya mata tunggal
telah semakin matang dalam menjalani kehidupan, ianya bukan sebagai
penghalang buat dirinya menjalankan amanat sebagai seorang bapa untuk
terus mendidik dan menegur anaknya itu.
“Dia (Nabila) pun sudah besar. Bukan budak-budak lagi. Jadi, dia perlu
bertanggungjawab di atas setiap perbuatan yang dilakukannya.
"Sebagai seorang bapa, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus menasihati dan mendidiknya.
“Sudah tentu juga, sebagai bapa, media dan masyarakat akan terus
bertanya mengenai perangai anak-anaknya,” katanya memetik laporan Sinar
Harian.
Beliau turut yakin anaknya itu bakal diberi hidayah untuk berubah satu hari nanti.
Bercakap mengenai sekolah tahfiz yang ditubuhnya itu, Amy menjelaskan
bahawa tujuannya amat meluas dalam menyebarkan dakwah di samping memberi
kebaikan kepada masyarakat
Amy juga bercadang untuk mengadakan kelas agama khusus untuk golongan dewasa yang ingin mendalami ilmu agama.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment