Monday, June 29, 2015
Semua Pekerja Haram Akan Dibawa Keluar - Ahmad Zahid
Tawau : Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempergiat penguatkuasaan bagi
mengesan kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin yang bekerja secara
haram di seluruh negara ini, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi.
Beliau berkata usaha itu dilaksanakan secara bersepadu menerusi
kerjasama Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Sukarelawan
Malaysia dan beberapa agensi lain.
"Sebelum kita bawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja yang mempunyai
dokumen sah dari Bangladesh, kita akan bawa keluar terlebih dahulu warga
asing tanpa izin yang berada dalam pasaran kerja di negara ini.
"Dalam usaha itu, kita juga akan meminta kerjasama daripada pihak
kedutaan-kedutaan berkaitan," katanya pada sidang media selepas
menghadiri majlis Penerepan Nilai-nilai Murni bersama warga KDN di sini,
Sabtu.
Ahmad Zahid berkata usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
membawa masuk pekerja dari Bangladesh adalah bagi memenuhi permintaan
pasaran terhadap kekurangan pekerja di sektor perladangan, pembinaan,
perkilangan dan perkhidmatan.
"Oleh itu, perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan...ia bukan
kebanjiran pekerja kerana kita akan keluarkan terlebih dahula warga
asing tanpaizin sebelum kita membawa pekerja yang mempunyai dokumen
lengkap.
"Tidak ada negara yang mengizinkan mana-mana pekerja asing yangtidak
mempunyai dokumen sah atau tidak tinggalkan negara selepas tamat
tempohvisa atau tempoh tinggal dalam negara itu," tegas beliau.
Khamis lepas, Ahmad Zahid berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari
Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam
tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai
sektor.
Dipetik daripada sumber : Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment