Monday, June 29, 2015
Penangguhan Pemilihan Positif Untuk Parti Dan Kerajaan – Shamsol Bari
30 Jun 2015, Kuala Lumpur : UMNO Johor melihat keputusan Majlis Tertinggi 
parti yang menangguhkan pemilihan UMNO selama hingga 18 bulan merupakan 
satu tindakan yang positif untuk parti serta kerajaan.
Ketua Penerangannya, Datuk Shamsol Bari Jamali berkata pimpinan parti
 tentunya telah memikirkan pelbagai aspek dan pelbagai sudut sebelum 
mengambil kira dalam membuat keputusan berkenaan.
Menurut beliau bukankah tanggungjawab kepada rakyat adalah perlu 
diutamakan dan menjadi perkara utama kepada setiap pimpinan parti dan 
langkah tersebut dapat mengelakkan politiking yang berterusan.
“Namun bagi saya kenapa perlu disebut politiking dan sebagainya lagi 
setelah keputusan MT menangguhkan pemilihan dalam parti. Bukankah 
sebelum ini pun parti telah melaksanakan penangguhan untuk memberi 
penumpuan terhadap kerja-kerja dan perkhimatan untuk rakyat.
“Kali ini pun samalah.. kita mahu mengutamakan kepentingan rakyat 
sepertimana yang diputuskan oleh pucuk pimpinan. Begitu juga dalam soal 
parti. Tentunya langkah seperti ini akan menguatkan lagi parti untuk 
berdepan pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada UMNO-Online, di 
sini, hari ini.
MT baru-baru ini menangguhkan pemilihan UMNO. Menurut Presiden UMNO, 
Datuk Seri Najib Tun Razak, keputusan itu dibuat bagi memastikan 
kemantapan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Tambahnya, amalan itu juga dilakukan sama seperti yang dilakukan pada zaman bekas presiden parti sebelum ini.
“Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. 
Setelah kita dibincangkan, MT mengambil keputusan itu mengikut Fasal 
10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi,” kata
 Najib.
Shamsol Bari  yang juga Ketua UMNO Ayer Hitam seterusnya menambah 
Perlembagaan parti memberi hak kepada majlis tertinggi untuk membuat 
sebarang keputusan demi kebaikan dan kepentingan parti.
“Sebagai ahli parti kita pelu melihat secara positif apa yang 
diputuskan oleh pucuk pimpinan. Insya Allah ianya baik untuk parti dan 
kerajaan,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment