Monday, June 29, 2015
Chauvinisme Ultra Kiasu...Kita Sedar atau Tidak Sedar?
BLOG RIDHUAN TEE : Sedar atau tidak, sejak akhir-akhirnya laman web dan 
akhbar ultra kiasu sengaja mensensasikan isu-isu tertentu yang ada 
kena-mengena dengan Islam, memburuk imej Islam, seolah-olah menampakkan 
negara Malaysia mengamalkan dasar ‘taliban’.
Psywar dan psyop ultra kiasu adalah, apa sahaja perkara yang merugikan 
Islam akan disensasikan, agar orang jauh dari Islam. Strateginya, 
kepada  orang Islam, meliberalkan mereka. Manakala, kepada bukan Islam, 
menjauhkan mereka dari Islam, agar mereka tidak mudah tertarik kepada 
agama Islam dan seterusnya beralih kepada agama lain.  
Misalnya, isu berpakaian tidak sopan (menjolok mata) ketika berurusan 
dengan pejabat kerajaan. Ini bukan isu baharu. Sudah lama peringatan 
dan  kenyataan dipaparkan. Mereka sengaja gatal dan mahu menguji kita. 
Mahu jadikan Malaysia lebih barat dari barat.
Malangnya jabatan kerajaan terbabit, tanpa usul periksa dan takut hilang
 jawatan, cepat melatah, terus meminta maaf, apabila pengawal 
keselamatan melaksanakan tangungjawabnya. Adakah peraturan itu salah? 
Adakah suatu masa nanti, bila ultra kiasu bertelanjang ke pejabat, baru 
nak bertindak? Tidak ada agama yang membenarkan pakaian menjolok mata.
Ini bukan soal kita suka melihat bahagian atas atau bawah wanita. Saya 
tidak berminat, nak termuntah. Persoalannya, kenapa suka sangat dedah 
dan belah? Tidak takut digigit serangga? Kelakar sungguh melihat mereka 
yang berskirt terlalu pendek, apabila duduk dalam kenderaan awam seperti
 bas dan LRT, terkulat-kulat mengapit pehanya serta cuba menarik 
skirtnya agar turun sedikit, supaya tidak nampak anunya. Kenapa tidak 
biarkan terbuka dan terkangkang, biar orang tengok?
Selalu saya lihat, kalangan mereka suka memakai baju nampak ketiak dan 
berseluar tersangat pendek, sehingga nampak yang tersurat tersirat. Apa 
yang nak ditunjukkan? Bila kena raba, marah! Apa semua ini! Nak show off
 kah?
Inilah perjuangan ultra kiasu, ke arah negara sekular, demokrasi tanpa 
had dan hak asasi mutlak. Begitu juga soal seks bebas, LGBT dan 
sebagainya. Apakah umat Islam yang menyokong dan menyertai ultra kiasu 
tidak sedar bahawa tindakan mereka boleh menjejaskan akidah?
Amat tepatlah sekali kenyataan Presiden Pas bahawa partinya akan hanya 
bekerjasama  dengan semua orang, kecuali mereka yang chauvinis atau 
chauvinis ultra kiasu.
Dalam konteks politik dan kenegaraan, chauvinis merujuk kepada seseorang
 yang sangat yakin partinya sahaja yang betul dan dengan fanatik 
menyerang sesiapa sahaja yang tidak ‘sebulu’ atau berbeza pandangan 
dengannya.
Manakala dalam konteks kaum pula, chauvinis bermaksud terlalu cinta dan 
bangga akan bangsanya sendiri sehingga menganggap bangsanya sahaja yang 
ada kelas (kasta tertinggi), dengan memandang rendah kepada bangsa lain.
Chauvinisme juga merujuk kepada kesetiaan ekstrim terhadap suatu pihak 
atau keyakinan tanpa mahu mempertimbangkan pandangan alternatif. Inilah 
ultra kiasu, semua orang salah, mereka sahaja yang betul. Sekadar 
makluman, istilah chauvinis diambil dari nama Nicolas Chauvin, seorang 
perajurit, yang hidup pada zaman Napoleon Bonaparte.
Peliknya, kenapa ultra kiasu Pas yang dikenali sebagai G18 begitu 
mempertahankan ultra kiasu chauvinis, sehingga tergamak memberi tempoh 
100 hari kepada ulama Pas agar menarik balik keputusan yang telah dibuat
 sebelum ini, iaitu bercerai. Dalam al-Quran pun ada satu surah bernama 
at-talaq. Dah cuba bersatu, tak boleh juga, maka ketika itu bercerai 
adalah lebih baik.
Kenapa ultra kiasu Pas tidak nampak semua itu? Dalam kepala mereka hanya
 mahu jatuhkan Umno dan jadi menteri. Malah, mereka sanggup menubuhkan 
parti baharu, dan tidak segan silu memberi amaran kepada ulama Pas, 
supaya cermin diri dan membaca perlembagaan ultra kiasu yang sebenarnya 
tidak chauvinis.
Nak kenal seseorang itu chauvinis atau tidak, tak cukup sekadar membaca 
perlembagaan. Tindak-tanduk mereka sudah jelas. Apatah lagi membaca 
sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dan perjuangan Malaysian Malaysia.
Dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Pas tidak rugi melepaskan
 duri dalam daging ini. Malah pengaruh Pas akan menjadi semakin kuat, 
meskipun ultra kiasu chauvinis tidak mengundi Pas selepas ini. Pas tidak
 mengemis simpati kepada musuh Islam.
Cuma, Pas perlu lebih bijak dan berstrategi dalam percaturan ini agar 
tidak terperangkap, kerana dalam politik segala kemungkinan boleh 
berlaku. Kenalilah siapa kawan sebilik, rakan serumah dan di luar rumah,
 serta musuh di luar rumah.
Rakan serumah dan di luar rumah tidak boleh dibawa ke bilik, kerana 
tidak mustahil mereka bersekongkol dengan musuh di luar rumah. Mereka 
ini belum tentu mengundi Pas dalam pilihan raya. Mereka hanya 
memperalatkan Pas untuk menjatuhkan Umno, bagi memudahkan laluan ke 
Putrajaya, seterusnya melepaskan ketua mereka dari penjara.
Mulai sekarang, berbincanglah dengan kawan sebilik, apakah jalan terbaik
 untuk menyelamat negara ini daripada jatuh kepada ultra kiasu 
chauvinis, yang mahukan mereka yang datang berurusan dengan pejabat 
kerajaan dalam keadaan bertelanjang.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment