Monday, June 29, 2015
Pasma – G18 Berlumba Untuk Rebut Siapa Terbaik Jadi Orang Suruhan Dap
29 Jun 2015, Kuala Lumpur : Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim 
berkata, pertelagahan antara PasMa dan kumpulan G18 baru-baru ini 
 seolah-olah memperlihatkan kedua-dua kumpulan tersebut kini bersaing 
sesama sendiri untuk membuktikan siapakah yang lebih baik menjadi orang 
suruhan Dap di dalam pakatan baru yang dicadangkan, setelah pakatan 
pembangkang berkubur apabila Pas membuat keputusan memutuskan hubungan 
dengan Dap.
Menurut beliau, ia jelas memperlihatkan bahawa masing-masing cuba 
menjatuhkan antara satu sama lain dengan bertindak memburuk-burukkan 
antara sesama sendiri.
“Saya kira kedua-dua kelompok ini masing-masing cuba nak tonjolkan 
bahawa merekalah yang lebih layak menjadi orang kepercayaan Dap.
“Maklumlah, pakatan baru ini memang agenda Dap dan Pasma serta 
kumpulan G18 ini jelas merupakan golongan yang pro Dap apabila mereka 
sanggup mengkhianati Pas untuk membuktikan mereka merupakan khadam yang 
setia kepada Dap.
“Sebab itu, belum apa-apa lagi mereka sudah serang menyerang antara 
mereka sendiri. Masing-masing cuba nak rebut kepercayaan Dap di dalam 
pakatan baru ini,” katanya sinis kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau juga yakin bahawa nasib pakatan baru yang 
dianggotai oleh Dap, PKR dan Pasma ini juga tidak akan bertahan lama dan
 bakal menerima nasib yang sama seperti pakatan mereka sebelum ini.
“Kalau awal-awal lagi mereka dah mula bertekak, saling buruk 
menburukkan sesama sendiri, pandangan saya jangka hayat pakatan baru ini
 juga tidak akan kekal lama.
“Ini memandangkan pakatan pembangkang mempunyai satu masalah besar 
iaitu persefahaman dalam perjuangan. Ini kerana gabungan ini hanya 
punyai kesamaan dari segi matlamat untuk menjatuhkan BN, tetapi begitu 
banyak sekali perbezaan jika berdasarkan perjuangan dan matlamat politik
 parti masing-masing dan begitu kurangnya toleransi antara mereka.
“Tidak seperti BN, biarpun berbelas parti berlainan bangsa dan agama 
di bawah satu payung, mereka mampu bekerjasama untuk satu matlamat 
bersama iaitu membangunkan negara dengan mewujudkan semangat toleransi 
antara kaum di negara ini. Ini yang tidak ada di dalam pakatan 
pembangkang,” tegasnya.
Justeru itu beliau menyeru rakyat agar, khususnya penyokong pakatan 
pembangkang bahawa realitinya pakatan pembangkang masih belum mampu 
untuk menjadi kerajaan di negara ini.
“Mereka tidak boleh jadi kerajaan yang baik apabila tidak ada 
persefahaman. Bila tidak ada persefahaman maka akan timbul konflik. Bila
 timbul konflik, kemudian gagal ditangani maka natijahnya berkuburlah 
pakatab pembangkang seperti yang kita lihat hari ini.
“Bayangkan kalau mereka sedang memerintah negara ketika ini. Sudah 
tentu konflik ini akan memberikan kesan ketidakstabilan politik yang 
teruk dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. 
Rakyat kan diheret ke 
dalam kancah perebutan kuasa antara mereka sesama sendiri. Pastinya jika
 kita berfikiran waras, maka kita tak mahu perkara seumpama itu berlaku 
di negara kita,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment