Monday, June 29, 2015
Nak Tahanan Rumah Pulak, Macam-Macam Ini Anwar
Dalam gebung gebang mendakwa pejuang 
rakyat dan ‘rela’ dipenjarakan demi rakyat, Anwar nampaknya cari 
macam-macam cara bagaimana dia boleh mengelak duduk dalam penjara, 
sekalipun dah didapati bersalah oleh Mahkamah kerana meliwat.
Mula-mula guna pendekatan membanyakkan 
kes Mahkamah supaya hari-hari boleh keluar dari penjara, bila itupun 
nampaknya tak berapa nak jalan (Sabtu, Ahad, Cuti Am, Mahkamah tutup), 
semalam Anwar mohon untuk ditahan di rumah pulak kerana kononnya 
kesihatan merosot!
Pejuang rakyat apa najis macam ini asyik
 cari jalan mengelat duduk penjara?  
Tak kala membalun Saiful dulu tak 
fikir pulak kesihatan nak merosot ke tidak kalau kes kantoi nanti?
Kerajaan harapnya tidak memberi muka 
kepada permohonan-permohonan mengarut Anwar.  Dengan kuasa duit yang dia
 ada sekarang pun, hampir tiap minggu dengar Anwar keluar penjara untuk 
menghadiri prosiding Mahkamah, termasuk terbaru menghadiri mesyuarat di 
Wisma Maran.
Dah cukup istimewa dah layanannya tu, nak istimewa macam mana lagi?  Kalau sakit, duduk hospital lah, bukan duduk rumah.
Penulis suka mencadangkan agar Jabatan 
Penjara mengkaji satu prosedur untuk menangani banduan bertaraf jutawan 
macam Anwar.  Peraturan sedia ada nampaknya boleh dimanipulasi oleh 
orang berduit. Hari ini Anwar, esok raja dadah mana masuk penjara pulak,
 dia pun boleh buat macam mana Anwar buat.
Hari-hari saman orang, tiap-tiap hari 
juga ada alasan keluar dari penjara.  Nak halang tak boleh sebab hak dia
 menyaman dan hadir prosiding di Mahkamah.
Susah-susah sangat ikut cara Amerika 
Syarikat, perbicaraan melalui sidang video saja. Banduan tak payah 
keluar, kos operasi kerajaan boleh turun turun, Sungai Buluh ke Kuala 
Lumpur bukan dekat, banyak kos minyaknya tu.  Tak kira soal keselamatan 
lagi.  Sekali Anwar keluar, berapa ramai pegawai penjara kena ikut dia, 
duit semua tu.
Dalam membalun GST hari-hari, Anwarlah banduan paling banyak menghabiskan duit kerajaan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment