Monday, June 29, 2015
Kurma Tak Kena GST! Mufti Perlis Kuat Menipu Dan Memfitnah di Bulan Ramadan
Kenyataan didalam laman sosial Facebooknya yang mengatakan bahawa buah 
Kurma dikenakan GST, adalah langsung mencerminkan sikap sebenar Mufti 
Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang suka menghasut demi populariti.
Sebagai seorang Mufti, Asri nampaknya gemar membuat kenyataan yang dia 
sendiri tidak pasti untuk menarik ramai pengunjung ke laman sosial 
beliau. Semoga Tuhan mengampuni dirinya. 
Tanpa sebarang bukti dan gambar untuk mengukuhkan dakwaan beliau, Asri 
dengan sinis mengatakan Kurma dikenakan GST mungkin disebabkan ianya 
makanan orang kaya-kaya di Malaysia.
Perbuatan Asri tersebut jelas merupakan satu fitnah dan juga berunsur 
menghasut rakyat supaya menyalahkan kerajaan. Fakta yang sebenarnya 
ialah, buah-buahan tempatan serta import tidak dikenakan GST.
Mungkin Asri ditipu oleh pekedai atau peruncit yang menjual Buah Kurma 
tersebut, tetapi Asri tak seharusnya merungut serta bernada menghasut 
seolah-olah mahu menyalahkan sistem yang dilaksanakan oleh pemimpin 
Islam dalam kerajaan.
Sewajarnya Asri bertanya dan mencari penyelesaian yang baik didalam 
laman sosial beliau. Itu yang paling sesuai dengan jawatannya sebagai 
Mufti Negeri. Bukannya menuduh secara membabi buta sehingga menimbulkan 
perbalahan dikalangan umat Islam sendiri. 
Apa motif sebenar Mufti Perlis ini memfitnah sedemikian? Apakah kurang 
ilmu beliau untuk menyiasat terlebih dahulu fakta sebenar, ataupun 
apakah beliau mahu cepat popular dengan mengkritik kerajaan?
Sepatutnya, tugas beliau sebagai Mufti negeri haruslah selari dengan 
peribadi Islam. Andainya beliau sebagai seorang Mufti, tapi berperangai 
melulu seperti pembangkang didalam sebuah kerajaan Islam, pastinya akan 
menjatuhkan imej agamawan dikalangan Umat Islam sendiri.
Adakah kini tugas Mufti adalah untuk menghasut rakyat membenci kerajaan 
Islam di Malaysia? Jika itu tidak termasuk dalam bidang tugas Asri, 
sewajarnya beliau patut berasa malu untuk menerima gaji serta elaun dari
 kerajaan setiap bulan!
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 




 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment