Monday, June 29, 2015
Jangan Terpedaya 'Gula-Gula' DAP Untuk Masjid Dan Surau
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengingatkan pemimpin DAP 
supaya tidak cuba menggula-gulakan umat Islam menerusi pemberian wang 
ringgit kepada masjid dan surau.
Presidennya, Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz berkata, tindakan DAP menabur 
duit untuk mengatakan mereka bukan anti Islam adalah penghinaan terhadap
 umat Islam.
“Adakah umat Islam boleh digula-gulakan dengan wang ringgit sehingga gula-gula tersebut menutup mulut kita?
“Adakah maruah umat Islam boleh dibeli dengan nilai seribu dua ribu ringgit sahaja?
“Sesungguhnya tindakan biadap menaburkan wang ringgit untuk mengatakan 
bahawa DAP bukan anti-Islam adalah satu penghinaan terhadap umat Islam,”
 tulisnya di status Facebooknya.
Ibrahim merujuk status Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang
 Jaya, Hannah Yeoh, yang memaklumkan pejabatnya menyalurkan peruntukan 
RM2,000 kepada masjid dan RM1,000 untuk surau bagi menganjurkan program 
sepanjang Ramadan. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment