Monday, June 29, 2015
Islam Progresif ke Arah Kesesatan
Tulisan KARIM'S BLOG - Tersebar beberapa tahun lalu, dan masih lagi
sesekali diulang sebar, melalui perkongsian pelbagai media baru,
berhubung kesesatan sekolompok Liberal Yang Sesat – Terjemahkan Bacaan
Selari Dalam Solat.
Pastinya ramai yang telah tonton video tetapi ramai yang tidak maklum
bahawa kumpulan tersebut adalah mereka yang menggelarkan diri mereka
sebagai kumpulan Islam Progresif.
Pertubuhan mereka disebut sebagai Muslim for Progressive Values (MPV) yang berpusat di Los Angeles California, USA.
Ramai juga tidak tahu bahawa kumpulan tersebut dipimpin oleh anak Melayu
bernama Zuriani binti Abdul Khalid atau nama glamernya ialah Ani
Zonneveld. Beliau adalah yang berambut perang berbaju batik merah jambu
dalam gambar solat berjemaah tersebut.
Penasihat kumpulan progresif ini juga orang Melayu Malaysia yang menjadi
pengasas kumpulan progresif sesat, Sisters In Sins (SIS).
Apakah Islam Progresif membawa kepada kesesatan dan kebatilan?
Jika itu makna progresif, maka sama-sama kita doa agar dijauhkan umat
Islam di Tanah Melayu ini dari mana-mana kelompok yang mahukan
nilai-nilai PROGRESIF SESAT diamalkan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment