Sunday, June 28, 2015
Selepas Gagal Fitnah 1MDB, Tabung Haji Kini Serangan Kepada MARA Pula!!
Pembangkang tidak akan pernah berputus asa untuk mencari jalan FITNAH
terhadap kerajaan sedia ada demi untuk menumbangkan Barisan Nasional dan
seterusnya mengambil alih walau dengan cara yang amat terkeji.
Itulah taktik mereka untuk merobek kepercayaan rakyat terhadap kerajaan persekutuan.
Jika sebelum ini serangan kepada 1MDB, Tabung Haji, KWSP berjaya
meninggalkan kesan negatif kepada kerajaan persekutuan terutama kepada
DS Najib Razak selaku PM Malaysia. Namun semua itu terhenti atas
kebijaksanaan PM sendiri yang mengurus segala isu tersebut.
Kini MARA pula menjadi sasaran. Sudah tentu kali ini pembangkang
meneruskan serangan terarah kepada Pengerusi MARA itu sendiri iaitu Tan
Sri Annuar Musa.
Tidak syak lagi, ini adalah antara strategi mereka untuk melemahkan
pentadbiran DS Najib yang dilihat oleh pembangkang amat sukar untuk
ditumbangkan.
Dengan bantuan lidah jahanam Malaysia Kini dan The Malaysian Insider
yang terus-terus memfitnah dan melaporkan berita yang telah diputar
belitkan, maka tidak mustahil jika kebanyakan rakyat mudah percaya
dengan fitnah dajjal.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment