Monday, June 29, 2015
Kenapa Nak Malukan Partinya....Dr Hatta Dakwa Pemimpin PAS Memalukan Islam
Dalam satu kenyataannya, salah seorang pemimpin progresif dalam PAS, Dr.
 Mohd. Hatta Ramli berkata, kepimpinan parti Islam itu kini tidak lagi 
mewakili sebuah parti politik berteraskan Islam, lantas ia memalukan 
agama.
Malah, menurut bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu, situasi 
tersebut berlaku disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin PAS sendiri.
“Secara keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat 
pemimpin, telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah laku yang 
tidak mewakili parti politik Islam yang sebenar.
“Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau 
bukan Islam,” dakwa Dr Hatta yang dipetik daripada Malaysiakini.
Kata Hatta lagi, senario tersebut telah dibawa ke dalam perbincangan namun tiada usaha lanjut untuk memperbetulkannya.
“Sebaliknya, membantah dan pertentangan idea ditafsirkan sebagai menentang ulama,” katanya lagi menempelak.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Shah
 Alam, Khalid Abdul Samad memberikan contoh situasi PAS masuk bertanding
 di Kota Damansara yang menjadi milik PKR sejak PRU 2008.
Calon PKR dikatakan boleh mempertahankan kerusi itu, namun setelah PAS 
mengambil keputusan itu, akhirnya kerusi berkenaan dimenangi Barisan 
Nasional (BN).
“Nasir adalah ADUN dan tidak ada rungutan terhadap beliau sejak lima 
tahun kemudian tiba-tiba pada 2013, PAS letak calonnya sendiri dan tidak
 memberi penjelasan sebabnya, di samping mengkritik sosialisme, dan 
begitu dan begini,” kata Khalid.
Akibatnya, parti itu dikritik hebat dan dilabel sebagai pengkhianat oleh sekutunya sendiri. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 


 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment