Monday, June 29, 2015
Beras FAIZA "Diserang".. Agenda Kafir Untuk Musnahkan Perniagaan Melayu / Islam
Kini terbongkar dilaman sosial Facebook dan juga Whatsapp mengenai 
dakwaan media-media cina tentang syarikat beras melayu menggunakan beras
 plastik yang diimport dri China.
Beras yang dimaksudkan ialah Beras dari keluaran Syarikat Faiza yang 
diketahui milik bumiputera. Sebelum ini, fitnah berkenaan hanya berlegar
 didalam group sembang laman sosial, tetapi kini ia semakin menular ke 
media konvensional pula.
Ramai yang mendakwa, fitnah mengenai syarikat Faiza menggunakan beras 
plastik import dari China tersebut sengaja diwar-warkan untuk menutup 
peluang syarikat bumiputera bersaing dengan syarikat pengeluar beras 
lain.
Mungkin benar dakwaan tersebut dan juga mungkin ianya sekadar persepsi 
yang menjadi mainan individu yang mahu mencari publisiti murahan didalam
 laman sosial.
Untuk pengetahuan bersama, Syarikat Faiza ditubuhkan pada tahun 1982 
oleh pengasasnya iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Pada tahun 1997, 
syarikat Faiza menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional 
(BERNAS) untuk memasarkan beras yang berkualiti dan seratus-peratus 
buatan Islam.
Kini Faiza mempunyai 3 buah kilang di Semenanjung bersama 200 pekerja 
tetap dan lebih 300 pekerja kontrak. Antara jenama beras Syarikat Faiza 
yang menjadi tumpuan ramai adalah Taj Mahal kerana ia baik untuk 
penghidap diabetes, obesiti serta darah tinggi.
Selain Taj Mahal, pengguna juga menggemari beras jenis Basmathi, beras wangi tempatan dan Thai Super Special.
Mungkin disebabkan populariti beras keluaran Faiza yang kini semakin 
meluas serta dipercayai oleh pengguna Malaysia, pelbagai taktik kotor 
dilakukan oleh pesaing bagi menjatuhkan imej syarikat milik 
bumiputera/Islam ini.
Diharap rakyat Malaysia bijak untuk menilai perkara yang sebenar didalam
 memilih produk makanan yang berkualiti serta terjamin baik untuk 
kesihatan. 
Apa yang pasti, Syarikat Beras Faiza bukanlah seperti yang didakwa 
didalam media-media sosial. Syarikat ini telah dikenali kerana kualiti 
produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment