Tuesday, June 30, 2015

PAS Masih Bermimpi Macam Gila Talak?

PAS bakal menjadi bahan lawak “of the year” apabila masih lagi terkebelakang dalam isu kewujudan Pakatan Rakyat. Bagi DAP dan PKR mereka telah membuat keputusan dan menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur.
lim Kit Siang pasma
Namun Majlis Syura PAS pula masih gagal menerima hakikat walaupun secara zahirnya mereka sendiri yang telah memutuskan hubungan tersebut apabila berkeras untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Baru-baru ini PAS telah membuat kenyataan bahawa mereka dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti. Dengan menggunakan alasan bahawa ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap tindakan mereka dilihat sebagai cubaan menanggguhkan atau mungkin juga membatalkan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
“Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.
“Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (MARA) di sini hari ini.
Berlainan pula bagi kepimpinan DAP Selangor yang akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR, buat kali pertama hari ini. Fokus utama pertemuan mereka adalah mengenai masa depan kerajaan negeri memandangkan pentadbiran PR perlu diteruskan walaupun dalam keadaan berkonflik dengan PAS.

Selain daripada itu juga, beberapa isu lain akan turut dibincangkan. Salah satunya mengenai hubungan antara DAP dan PKR, di samping mengenai status PAS dalam kerajaan Selangor. Adakah PAS akan disingkirkan dari barisan Exco Selangor?

Sebelum ini Penolong Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim berkata, mereka masih lagi mengekalkan semangat sama seperti pada awal pembentukan PR, namun kerangka kerjasama dahulu tidak lagi bermakna kerana pengkhianatan oleh PAS.

Dalam isu ini, Azmin bersama PKR dilihat berada dalam keadaan tersepit dalam membuat keputusan sama ada memilih PAS atau DAP untuk bekerjasama dalam pentadbirannya. Azmin berjaya menjadi Menteri Besar Selangor selepas Presiden PAS membantah keputusan DAP dan PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan tersebut.

DAP dan PKR telah muktamat berkenaan pembubaran Pakatan Rakyat, manakala PAS pula dilihat sebagai pihak yang “gila talak” apabila gagal menerima kenyataan tersebut. Bahangnya akan makin hangat apabila selesai pertemuan DAP dan Azmin Ali hari ini. 

Sama-sama lah kita tunggu keputusan mereka.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment