Monday, June 29, 2015
Mukhriz Tak Ada Idea Untuk Majukan Kedah.. Kata Pesuruhjaya PAS Negeri
Kesian Mukhriz.. Walaupun menjadi pujaan ramai penyokong Tun Mahathir 
dan dianggap sebagai pemimpin paling best di Kedah, tapi tidak bagi 
Pesuruhjaya PAS negeri yang baru..
Mukhriz dikutuk oleh pemimpin PAS yang baru ni kerana didakwa tak 
mendapat sokongan dari Pusat berikutan idea-ideanya yang dianggap tak 
realistik..
Agaknya, semua ni pasal cadangan Aiport di Kulim tu lah kann.. Bukan nak
 setuju dengan PAS, tapi cadangan buat airport kat situ memang tak 
realistik punn..
Kalau betul nak "lawan" dengan Penang didalam isu ekonomi, elok Mukhriz 
majukan lagi Kulim Hightech tu sampai membangun setaraf dengan Pusat 
Perindustrian di Bayan Lepas.. Lepas tu barulah mintak nak buat 
airport..
Walau macam mana pun, tak bagus la Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru tu 
kutuk Mukhriz.., marah mantan Perdana Menteri nanti jika dok kata pada 
anak kesayangan dia..
Mukhriz baru saja umumkan bonus duit raya pada kakitangan awam di negeri
 Kedah sebanyak RM500 dan juga rasmikan Pekan Rabu yang baru.. Itu semua
 membuktikan anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun tu mempunyai 
idea realistik untuk majukan Kedah..
Kalau nak harapkan PAS, apa yang mampu dibuat semasa zaman pemerintahan 
mereka dulu? Sibuk gondolkan hutan balak lagi ada laa.. Itu bukan nak 
majukan Kedah.., nak bagi lingkup lagi ada laa... 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment