Sunday, June 28, 2015
Sikit Sikit UMNO Jugak Dipersalahkannya.....Jangan Mimpi, Pesan Zuraida Kepada Khalid
Petaling Jaya : Selepas menawarkan diri untuk kembali menerajui kerajaan
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikecam oleh kempimpinan
bekas partinya sebelum dipecat - Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kali ini Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin cuba mengaitkan cita-cita
Khalid itu dengan Umno kononnya parti itu sedang merancang untuk
menggulingkan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin Ali.
"Selain dipecat daripada PKR, bagaimana seorang Adun Bebas dan Ahli
Parlimen boleh berharap untuk kembali menjawat jawatan menteri besar
yang bebas dari mana-mana parti politik?
"Adakah Khalid cuba untuk menjual dirinya kepada pembida yang paling
tinggi? Mungkin Umno?" katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang dilaporkan bersedia
menjadi menteri besar semula bagi menyelamatkan rakyat daripada krisis
pakatan pembangkang yang tidak menentu sekiranya mendapat kepercayaan
dengan majoriti mudah.
Pada Jumaat, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata
cita-cita Khalid untuk kembali menduduki kerusi menteri besar Selangor
adalah mustahil kerana Azmin mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor
daripada PKR, DAP dan PAS.
Mengulas lanjut Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menasihatkan
Khalid supaya berhenti memalukan dirinya sendiri dengan menawarkan untuk
kembali menduduki kerusi menteri besar.
"Adalah lebih baik jika Khalid belajar untuk berkhidmat di dalam kawasan
beliau dahulu. Tugasnya adalah untuk rakyat, maka jagalah Pelabuhan
Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik dan berhenti bermimpi tentang
menjadi menteri besar Selangor.
"Tidak ada ruang bahawa Khalid mempunyai peluang dalam mengambil alih Selangor semula," katanya.
Tambah beliau, Sejak Azmin mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri,
Selangor menyaksikan perkembangan yang ketara berbanding ketika berada
di bawah penguasaan Khalid.
"Walaupun masih ada ketegangan kaum dan agama, namun telah ditangani dengan baik dan cara yang memuaskan," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment