Tuesday, June 30, 2015
Padan Mukanya....PKR Kecam DAP Dan Tony Phua!!
30 Jun 2015, Petaling Jaya : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor mengecam DAP 
khususnya Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, kerana memberi kata dua 
kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.
Ahli PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan kelantangan Tony Pua 
memberikan kata dua kepada Azmin sama ada memilih DAP atau Pas bagi 
meneruskan pentadbiran negeri Selangor.
Adalah difahamkan kecaman ahli PKR terhadap Tony Pua dibuat dalam 
Mesyuarat Pimpinan PKR Selangor di kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor
 pada Sabtu lalu.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR dan juga Pengerusi PKR Negeri Selangor.
Kata dua oleh Tony Pua itu merupakan antara pilihan yang dicadangkan 
oleh DAP bagi menyelesaikan kemelut yang melanda tiga parti yang 
menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.
Kata dua itu adalah pilihan terakhir DAP jika cadangan supaya Selangor 
ditadbir secara ‘kerajaan negeri gabungan’ tidak diterima.
Sementara itu akhbar rasmi Kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan 
Azmin berkata, Mesyuarat PKR Selangor pada Sabtu lalu itu tidak 
membincangkan penubuhan gabungan baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat 
iaitu Pakatan 2.0.
Azmin dipetik berkata, PKR kekal dengan semangat Pakatan Rakyat dan reformasi tanpa menyentuh soal pembentukan Pakatan 2.0.
Kenyataan Azmin itu berbeza dengan pendirian DAP dan pimpinan PKR lain.
DAP telah mengumumkan PR sudah tidak wujud begitu juga dengan Presiden 
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah umumkan PR secara 
rasmi tidak berfungsi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, walaupun PR sudah
 tidak wujud, kerja sama antara tiga negeri, Pulau Pinang, Selangor dan 
Kelantan akan diteruskan.
Anwar berkata, pakatan pembangkang akan muncul semula dengan lebih kuat dan kukuh.
Naib Presiden DAP, Teresa Kok pula baru-baru ini membayangkan penubuhan 
Pakatan 2.0 bagi menggantikan PR dengan penubuhan parti baru 
menggantikan Pas. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment