Monday, June 29, 2015
Tidak Layak Digelar Pentadbiran Berkebajikan Sekiranya Gagal Tangani Masalah
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dianggap tidak layak menggelarkan 
pentadbirannya di negeri ini sebagai berkebajikan serta peduli rakyat 
apabila terus gagal menangani isu bekalan air bersih yang dihadapi para 
penduduk di Bandar Tasik Kesuma di mukim Beranang, Hulu Langat sejak 
sembilan hari lalu.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz 
berkata, masalah itu telah menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan 
terjejas ekoran ketiadaan bekalan air bersih terutamanya kepada umat 
Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.
Malah katanya, ada di antara penduduk terpaksa bersusah-payah 
membelanjakan tambahan wang saku mereka sendiri untuk membeli air bersih
 bagi menampung kegunaan seharian untuk memasak, minuman dan sebagainya.
“Menteri Besar (Mohamed Azmin), Exco jangan pandai cakap sahaja….turun 
padang, tengok sendiri kesusahan yang terpaksa dialami oleh penduduk di 
kawasan ini akibat ketiadaan air lebih-lebih lagi ketika bulan puasa 
ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebaliknya Johan menegaskan bahawa pihaknya telah mengambil inisiatif 
mengurangkan kesusahan rakyat di kawasan berkenaan dengan mengagihkan 
kira-kira 1,000 botol air minuman untuk keperluan mereka yang terjejas 
semalam khususnya yang tinggal di kawasan perumahan pangsapuri.
Dalam pada itu, Johan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 
Semenyih turut mempersoalkan komitmen sebenar kerajaan negeri untuk 
memastikan bekalan air bersih kepada rakyat sentiasa mencukupi di negeri
 ini. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment