 
 Monday, June 29, 2015
1MDB Nafi Dakwaan Kerajaan Menjamin Syarikat IPIC
1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan 
tuduhan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, kononnya kerajaan 
Malaysia menjamin International Petroleum Investment Company (IPIC) yang
 menjalinkan kerjasama dengan syarikat pelaburan strategik itu.
Menyifatkan tuduhan Pengerusi DAP Selangor itu sebagai sangat tidak 
bertanggungjawab, 1MDB dalam satu kenyataan menegaskan, kerajaan 
Malaysia dan Kementerian Kewangan tidak terlibat dalam memberi apa-apa 
jaminan ke atas perjanjian komersial yang ditandatangani baru-baru ini.
 
 
Tegas syarikat pelaburan strategik kerajaan itu, adalah menjadi 
pengetahuan umum bahawa kerajaan Malaysia hanya mengeluarkan ‘surat 
sokongan’ dan hakikat berkenaan jauh berbeza dengan jaminan berjumlah 
AS$3 bilion (RM11.35 bilion) yang dikeluarkan sendiri oleh 1MDB.
“Tony Pua sengaja mahu memesongkan orang ramai apabila tidak 
menjelaskan klausa penting mengenai ganti rugi, yang terpakai ke atas 
kedua-dua syarikat baik IPIC dan 1MDB. 
Ganti rugi dalam perjanjian 
komersial ini jelas bahawa tiada duit akan ‘keluar daripada poket’ pihak
 lain.
“Kerajaan tidak terlibat memberi apa-apa jaminan dan sudah menjadi 
pengetahuan umum bahawa jaminan yang diterbitkan pada 2012 bagi 
pembiayaan pokok AS$3.5 bilion (RM13.24 bilion) dan faedah AS$2 bilion 
(RM7.6 bilion) adalah daripada 1MDB,” tegas syarikat itu di sini hari 
ini.
Tony Pua dalam tuduhan terbaharunya mendakwa, kerajaan Malaysia sudah
 pun menyediakan sejumlah AS$4.71 bilion (RM17.1 bilion) bagi menjamin 
IPIC sekiranya 1MDB gagal menunaikan tanggungjawabnya untuk memindahkan 
aset yang sama nilai sebelum 30 Jun 2016.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, 1MDB kesal dengan 
kenyataan pihak-pihak tertentu yang menjadikan projek pembangunan semula
 Masjid Jamek di Kampung Baru sebagai modal untuk kepentingan agenda 
politik peribadi mereka.
Sedangkan jelas syarikat pelaburan strategik kerajaan itu, 
pembangunan semula masjid berkenaan merupakan satu daripada aktiviti 
tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan syarikat tersebut 
di bawah Yayasan 1MDB.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment