Tuesday, June 30, 2015
Biro Perlembagaan Dan Perundangan UMNO Akan Bermesyuarat Bincang Penangguhan Pemilihan
30 Jun 2015, Kuala Lumpur : Biro Perlembagaan dan Perundangan 
UMNO dijangka mengadakan mesyuarat dalam dua hari lagi bagi 
membincangkan penangguhan pemilihan UMNO pada tahun hadapan selama 18 
bulan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, 
selain itu mesyuarat berkenaan juga bakal membincangkan hala tuju serta 
bagaimana untuk memastikan proses perlembagaan dan pemilihan parti itu 
berjalan dengan lancar.
“Saya sebagai pengerusi biro agak lega kerana kita sekarang ni 
mempunyai masa untuk menambah baik pindaan perlembagaan UMNO.  Rata-rata
 ramai yang mahukan ia ditangguh … selain itu, kita juga dapat menerima 
maklum balas daripada ahli kita sehingga ke akar umbi,” katanya 
kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 
mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO menangguhkan pemilihan bagi 
mengukuhkan parti dan memberi keutamaan kepada perkhidmatannya untuk 
rakyat.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata penangguhan itu dibuat 
mengikut Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak kepada MT untuk
 menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment