Sunday, June 28, 2015
Lim Kit Siang Manis Di Mulut Racun Di Hati, Masih Ada Yang Percaya?
Pengasas dan pemimpin sepanjang zaman DAP, Lim Kit Siang mempunyai visi
yang konsisten sejak berkecimpung dalam politik sejak 46 tahun lalu.
Berusia 74 tahun, menang 10 kali Pilihanraya Umum (PRU) berbanding dengan 11 kali yang disertainya.
Bermula dengan PRU ke-3 (1969), Ahli Parlimen Kota Melaka (Melaka); PRU
ke-4 (1974), Ahli Parlimen Kota Melaka; PRU ke-5 (1978), Ahli Parlimen
Petaling Jaya (Selangor); PRU ke-6 (1982), Ahli Parlimen Kota Melaka;
PRU ke-7(1986), Ahli Parlimen Tanjong (Pulau Pinang) ; PRU ke-8 (1990),
Ahli Parlimen Tanjong; PRU ke-9 (1995), Ahli Parlimen Tanjong dan hanya
tewas pada PRU-10 (1999) di parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Pada PRU ke-11 (2004), Kit Siang bertanding lagi dan menang sebagai Ahli
Parlimen Ipoh Timur, Perak; PRU ke-12 (2008), Ahli Parlimen Ipoh Timur
dan beralih kawasan ke Johor pada PRU ke-13 (2013), menang dan menjadi
Ahli Parlimen Gelang Patah.
“DAP tidak pernah bercita-cita untuk menjadi sebuah parti Cina atau bukan Melayu.
“Sejak awal lagi … DAP telah berikrar untuk mengejar Impian Malaysia,
bukan Impian Cina, Impian India atau Impian Melayu,” katanya dalam satu
majlis di Klang, 23 Jun lalu.
Kit Siang mengakui partinya selalu diserang sebagai rasis, anti-Melayu
dan anti-Islam, kerana sebahagian besarnya ahli partinya adalah daripada
kaum Cina yang dikuasai, tetapi beliau berkata pertempuran itu tidak
akan memberi kesan kepada perjuangan parti itu untuk kekal sebagai parti
berbilang kaum dan agama.
“Inilah sebabnya mengapa kita mempunyai Impian Sabah, Sarawak, Kelantan
dan baru-baru ini kami mengumumkan Impian Kedah / Perlis,” katanya.
Menurutnya Impian DAP adalah tiada bangsa tunggal yang memerintah negara
sepertimana polisi DAP sejak awal penubuhan iaitu ‘Malaysia untuk
bangsa Malaysia’.
“Ia adalah antara kaum, agama dan antara pihak kerjasama – (secara) sama
rata dan tidak ada yang unggul dan bawahan – Malaysia boleh menjadi
model yang berjaya dalam masyarakat majmuk maju dan makmur bukan sahaja
untuk dunia tetapi juga ke Timur Tengah, “katanya.
Namun, kata-kata Penasihat DAP tidak sama dengan realiti yang diamalkan dalam DAP.
Daripada 38 Ahli Parlimen yang dimenangi DAP pada PRU ke-13, hanya 2
orang berbangsa Melayu, 6 berbangsa India dan 30 berbangsa Cina yang
menunjukkan bangsa Cina mendominasi bangsa-bangsa lain dalam parti itu.
Itupun identiti Zairil Khir Johari yang menang di Parlimen Bukit Bendera diragui identiti kemelayuannya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment