Tuesday, June 30, 2015
Siapa Dia Ni Tiada Istimewanya.....Peguam Mahu Dapatkan Perintah Tahanan Kediaman Untuk Anwar
30 Jun 2015, Petaling Jaya : Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu beliau ditahan di 
bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan 
penjagaan kesihatan.
Peguamnya R. Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di 
penjara Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang 
diperlukan.
Bekas Ketua Pembangkang itu sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital 
Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Sivarasa mendakwa doktor memberitahu 
Anwar bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lanjut berkaitan 
beberapa isu perubatan termasuk tekanan darah yang tidak teratur, 
ketumbuhan 4cm pada buah pinggang yang memerlukan imbasan CT, gastritis 
yang memerlukan diet bebas gluten, dan otot bahu yang koyak dan artritis
 kronik yang memerlukan rawatan fisioterapi intensif.
Menurut Sivarasa pihak penjara memberitahu tidak menerima sebarang 
laporan perubatan dari hospital yang meminta ujian lanjut dan tidak ada 
kemudahan untuk ujian atau rawatan kepada keadaannya itu.
"Anwar yang ditahan dalam kurungan sel kosong yang terdedah, bersama 
baldi untuk mandi, tandas cangkung, dan dalam keadaan yang panas dan 
lembap dengan pengudaraan minimum memburukkan lagi masalah 
kesihatannya," kata Sivarasa, sambil menambah Anwar telah kehilangan 6kg
 sejak dia ditahan.
Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun bagi 
kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment