Monday, June 29, 2015
Mahathir Gelar Najib Sebagai Penjenayah Kerana Altantuya Dan Rosmah
Agak biadap tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mengibaratkan 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang penjenayah dalam 
wawancaranya bersama akhbar luar, The New York Times (NYT).
Beliau yang diwawancara oleh NYT berkata, Najib enggan berundur dari 
jawatannya kerana perdana menteri itu mahu meninggalkan warisannya 
sendiri dalam pentadbiran negara dan mengelak diri ditangkap sebagai 
penjenayah.
Mahathir menjelaskan mengapa beliau menganggap Najib sebagai seorang 
penjenayah kerana pentadbiran Najib penuh dengan kontroversi dan 
kesalahan yang dilakukan perdana menteri itu seperti dana pelaburan 
sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), gaya hidup mewah 
isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan kes pembunuhan wanita Mongolia, 
Altantuya Shaariibuu.
"Saya lama dalam kerajaan dan saya sudah mempelajari beberapa perkara. 
Beliau ingin meninggalkan warisannya. Tetapi apa yang beliau lakukan 
ibarat seorang penjenayah," kata Mahathir yang dipetik dari NYT.
Beliau yang menyentuh mengenai 1MDB berkata, sehingga hari ini jawapan 
kepada persoalan yang ditimbulkan beliau kepada perdana menteri itu 
tidak dijawab.
Malah, jawapan yang diberikan mereka ianya 'rahsia kerajaan' tidak boleh
 dipakai kerana itu merupakan jawapan menyelamatkan diri.
"Semua kritikan saya dijawab 1MDB sebagai salah. Namun, kita tiada bukti
 diberikan. Jawapan mereka berkisar tentang hal-hal rahsia kerajaan," 
tulisnya.
Ini menunjukkan satu tindakan biadap dan memalukan Mahathir terhadap 
negara apabila memburuk-burukkan pentadbiran negara kepada media 
sekaligus mencemarkan imej negara yang diterajui Najib.
Tindakan ini tidak digemari beliau ketika Timbalannya ketika itu, Datuk 
Seri Anwar Ibrahim menggunakan kaedah yang sama untuk memburuk 
pentadbirannya, tetapi hari ini beliau menggunakan kaedah yang paling 
dibencinya demi kepentingan politik peribadinya sehingga sanggup 
menjatuhkan imej negara.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment