 Ujarnya,
 bahagian kepala termasuk rambut sememangnya diwajibkan untuk ditutup 
kerana ia merupakan sebahagian daripada aurat serta sudah jelas sejak 
sekian lama, malah banyak dalil ayat Al-Quran serta hadis yang menyentuh
 mengenainya.

 mengenainya.Tuesday, June 30, 2015
Liberal Sangat Kah Tu...Sister In Islam Tetap Degil, "Rambut Bukan Aurat Wanita"
Sisters In Islam ataupun turut dikenali dengan SIS, sekali lagi mencetuskan sensasi dalam ‘fatwa’ Islam yang didedahkannya.
Melalui ruangan Facebook beberapa hari lalu, SIS memuat naik satu status
 yang berpaksikan kepada ‘fakta’ bahawa rambut bukanlah aurat bagi 
seorang wanita dan cuba mengubah persepsi dengan soalan tentang 
kemungkinan ia satu budaya.
Bagi mengukuhkan kenyataannya, NGO tersebut turut memuat naik dua keping
 gambar yang memaparkan bahan rujukan mereka iaitu sebuah kitab hasil 
tulisan Syeikh Muhammad Thahir Ibn Asyur.
Namun demikian, ideologi songsang yang dibawa kumpulan feminisme 
tersebut dibidas sebuah NGO Islam terkenal menerusi kenyataan daripada 
Pegawai Penyelidik Majlis Ulama ISMA  (MUIS), Ustaz Muhammad Firdaus 
Zailani.
 Ujarnya,
 bahagian kepala termasuk rambut sememangnya diwajibkan untuk ditutup 
kerana ia merupakan sebahagian daripada aurat serta sudah jelas sejak 
sekian lama, malah banyak dalil ayat Al-Quran serta hadis yang menyentuh
 mengenainya.
Ujarnya,
 bahagian kepala termasuk rambut sememangnya diwajibkan untuk ditutup 
kerana ia merupakan sebahagian daripada aurat serta sudah jelas sejak 
sekian lama, malah banyak dalil ayat Al-Quran serta hadis yang menyentuh
 mengenainya.
"Bukalah mana-mana kitab ulama silam jelas menunjukkan persepakatan mereka bahawa menutup aurat adalah wajib.
"Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka, tapak tangan dan 
kaki, selain daripada itu mereka sepakat akan pengharamannya.
"Yang jelas, sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber 
pengsyariatan iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma," kata Firdaus yang 
dipetik dari laman ismaweb.
Selain itu, Firdaus turut mengkritik tindakan penyelidik SIS, Afiq M 
Noor yang menggunakan hujah Syeikh Albani dan Syeikh Thariq Iwadullah 
untuk membuktikan fakta mereka serta menyifatkan ia sebagai tidak jujur 
dalam percubaan untuk menolak hukum aurat berkenaan.
Bahkan, ia turut dilihat sebagai satu tindakan untuk menjatuhkan 
kredibiliti para ulama kerana kedua-dua ulama berkenaan membincangkan 
mengenai perkara yang menjadi pertikaian sesetengah ulama iaitu tentang 
aurat muka dan tapak tangan, bukanlah aurat rambut kerana ia sememangnya
 sudah terang lagi bersuluh.
“Kalaulah benar mereka pendukung Al-Quran tak mungkin mereka akan 
pertikaikan hak perwarisan isteri, anak perempuan dan lain-lain kerana 
Al-Quran menyebut dalar masalah ini satu persatu” kata Ustaz Muhammmad 
Firdaus.
Lantas, beliau berkata, seseorang yang ingin memahami Islam yang sebenar
 haruslah merujuk kepada individu yang memperjuangkan Islam, bukanlah 
pihak yang hanya ingin memuaskan kehendak nafsu sendiri.
“Tindakan ini tidak ubah seperti tindakan Bani Israel yang beriman 
sebahagian daripada kitab Taurat apabila ia selari dengan kehendak 
mereka serta merahsiakan sebahagian lain akibat tidak selari dengan 
kehendak hawa nafsu. Waspadalah dengan mereka,” bidasnya tegas.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
No comments:
Post a Comment