1. Tun Mahathir betul apabila bertanya untuk apa meminta maaf. 
“Some people are very excited about Justo. Now they say the critics 
of the Prime Minister should apologise. Apologise for what? The fact 
remains that vast amounts of money has disappeared. Can Justo bring all 
the money back?”
2. Tun sekarang tidak lagi menyebut kehilangan RM 42 bilion seperti 
awalnya. Sebaliknya beliau menyatakan bayak wang telah hilang dalam 
1MDB. Kita pun tertanya-tanya berapa banyak? Tun tidak perlu jawab, 
biarlah Ketua Audit Negara menjawab nanti.
3. Dalam mempertahankan Justo, Tun mempersoalkan tindakan 1MDB 
menamatkan usahasama (Joint Venture) dengan Petrosaudi. Kata Tun, 
walaupun Justo “mengubah” e-mel yang dipaparkan, ia tidak mengubah 
hakikat pelaburan USD 1.9 Bilion dengan PetroSaudi merupakan satu 
pelaburan yang tidak bernilai. Hujah Tun, jika tidak mengapa 1MDB 
menarik balik pelaburan tersebut.?
5. Even if Justo tampered with the e-mail, it does not 
alter the fact that 1MDB forked out US1.9 billion to the JV with Petro 
Saudi, which within 6 months was so worthless that the JV was aborted. 
And after that the investment and the loan of US700 million was 
converted to a loan to a partner you no longer believe could deliver 
through the JV. You had some direct control over a JV, but not over the 
borrower.
6. So what has all this to do with Justo blackmailing Petro Saudi: Nothing.
 
4. Jadi bukankah Tun sendiri memberi idea bertentangan? Pada awalnya 
Tun menulis dan memberi pelbagai kenyataan yang membawa maksud 1MDB 
berpakat dengan PetroSaudi dan Jho Low bagi melesapkan wang dan termasuk
 mengkayakan anak tiri Perdana Menteri.
5. Kemudian Tun berkata 1MDB menamatkan JV kerana ia satu pelaburan 
yang silap atau buruk. Soalnya, jika ia satu komplot “menyamun” duit 
seperti yang cuba Tun gambarkan mengapa mereka mahu menamatkan usahasama
 ini?
6. Jika 1MDB menamatkan JV ini kerana percaya ia merupakan pelaburan 
yang tidak menguntungkan seperti Tun dakwa sekarang, maka secara 
automatik dakwaan asal terdapat gerakan melesapkan wang 1MDB melalui 
usahasama dengan PetroSaudi adalah tidak benar.
7. Tun berkata, “The supporters of the Prime Minister seem unable to 
understand that 1MDB borrowed 42 billion Ringgit to invest in shady 
businesses. In the process large amounts of money has disappeared.” 
8. Kenyataan ini salah. Kami termasuk Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
 hanya berkata kita tunggu laporan Audit Negara dan Jawatankuasa 
Kira-Kira Wang Negara (PAC).
9. Bukankah ini yang Tun didik kami sejak mempertahankan isu Perwaja,
 Konsortium Perkapalan Berhad, PKFZ, MAS, Proton dan lain-lain?
10. Kenapa sekarang Tun memberi idea yang bertentangan dengan apa yang Tun praktikkan selama ini?
Dipetik daripada sumber : www. mykmu. net
 
No comments:
Post a Comment