 
 Monday, June 29, 2015
Bila “Orang Yang Gagal Dulu” Bidas “Orang Yang Gagal Sekarang”…
EDITOR MENULIS...
29 JUN 2015
Gelihati benar rasanya saya, selepas 
selesai menunaikan solat terawih semalam apabila membaca kenyataan bekas
 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menempelak 
penggantinya, Azmin Ali, yang hingga kini gagal menyelesaikan krisis 
bekalan air di Selangor.
Baru Khalid tahu? Selepas tidak menjadi 
Menteri Besar dan terasa teruknya angkat air di rumah, baru Khalid 
teringat nak suruh Azmin percepatkan proses menyelesaikan masalah 
bekalan air di negeri itu? Mungkin baru sekarang dia tahu “langit itu 
tinggi atau rendah”…
Ketika mana Khalid ditabal sebagai 
Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 dulu, berbuih mulut orang gesa 
dia teruskan pelan penstrukturan air Selangor yang direncana sejak 2005 
lagi. Tapi dia degil! Kononnya itu “projek kroni” dan macam-macam 
lagilah alasannya…
Sampai ke satu tahap, dia terfikir nak 
beri rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang minum air lombong. Tapi 
memandangkan ketika itu dia berjawatan Menteri Besar Pakatan Haram, maka
 segala “fatwa”nya konon-konon eloklah di pandangan rakyat Selangor.
Siap buat “road tour” keliling Selangor 
dengan Faekah untuk jelaskan isu krisis bekalan air di Selangor! 
Akhirnya, dia rujuk pada Kerajaan Pusat juga. Barisan Nasional jugalah 
tempat dia mengadu ketika itu. Ingat lagi tidak, Khalid?
Namun sudah terlambat untuk mengikut jejak langkah good governance
 Dr Mohamad Khir Toyo. Khalid walaupun berjaya mempertahankan Selangor, 
tapi menjadi mangsa “coup de tat” Rafizi – Anwar, terpaksa “bungkus” 
keluar dari Pejabat Menteri Besar…
Selama 5 tahun Khalid “merajai” Selangor 
dan dia gagal selesaikan masalah bekalan air di negeri termaju dan 
terkaya itu. Dan kini, Azmin pula sudah 9 bulan mentadbir, juga masih 
gagal sepenuhnya memastikan krisis air Selangor ditamatkan.
Sudah diberitahu bertahun-tahun dahulu. 
Jika ikut kajian dan saranan dari pakar-pakar industri air negara dulu 
tentang Langat 2 dan pelan penstrukturan semula air di Selangor, 
tidaklah jadi huru-hara begini.
Jika diikut nasihat dari bekas Menteri 
Besar Selangor dulu, tidaklah rakyat Selangor derita kini. Sepatutnya, 
jika diikut dari pelan asal kira-kira 10 tahun sebelum ini, ibu 
mengandung di Selangor tidak perlu risau keguguran pun akibat mengangkut
 berbaldi-baldi air setiap hari.
Nampaknya legasi good governance
 BN Selangor gagal diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Haram yang kini 
tidak lagi sepakat. Mungkin terlalu sibuk berpolitik siang malam melayan
 DAP dan PAS bergaduh, rakyat Selangor terpaksa menjadi mangsa keadaan.
Kini kepada siapa mahu dituding jari 
berkenaan krisis bekalan air di Selangor? Takkanlah UMNO dan BN? UMNO 
dan BN sudah beri nasihat dan bantuan sewajarnya. Tuding jari pada 
Khalid dan Azmin? Sudah terlambat…
Cuma saya mahu ingatkan bahawa pada awal 
Julai ini insyaAllah saya akan ke Selangor kerana ada urusan di sana. 
Sila pastikan tiada masalah gangguan air berlaku pada awal Julai nanti, 
boleh? Jika tidak, siaplah nanti… heh! Tapi itu sekadar apa yang saya rasa la.....
Disediakan oleh :
 
 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 


 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment