Sunday, June 28, 2015
Khalid Jangan Mimpi, Kata Zuraida..
PETALING JAYA 27 Jun - Selepas menawarkan diri untuk kembali menerajui
kerajaan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikecam oleh
kempimpinan bekas partinya sebelum dipecat - Parti Keadilan Rakyat
(PKR).
Kali ini Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin cuba mengaitkan cita-cita Khalid itu dengan Umno kononnya parti itu sedang merancang untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin Ali.
"Selain dipecat daripada PKR, bagaimana seorang Adun Bebas dan Ahli Parlimen boleh berharap untuk kembali menjawat jawatan menteri besar yang bebas dari mana-mana parti politik?
"Adakah Khalid cuba untuk menjual dirinya kepada pembida yang paling tinggi? Mungkin Umno?" katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang dilaporkan bersedia menjadi menteri besar semula bagi menyelamatkan rakyat daripada krisis pakatan pembangkang yang tidak menentu sekiranya mendapat kepercayaan dengan majoriti mudah.
Pada Jumaat, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata cita-cita Khalid untuk kembali menduduki kerusi menteri besar Selangor adalah mustahil kerana Azmin mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor daripada PKR, DAP dan PAS.
Mengulas lanjut Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menasihatkan Khalid supaya berhenti memalukan dirinya sendiri dengan menawarkan untuk kembali menduduki kerusi menteri besar.
"Adalah lebih baik jika Khalid belajar untuk berkhidmat di dalam kawasan beliau dahulu. Tugasnya adalah untuk rakyat, maka jagalah Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik dan berhenti bermimpi tentang menjadi menteri besar Selangor.
"Tidak ada ruang bahawa Khalid mempunyai peluang dalam mengambil alih Selangor semula," katanya.
Tambah beliau, Sejak Azmin mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, Selangor menyaksikan perkembangan yang ketara berbanding ketika berada di bawah penguasaan Khalid.
"Walaupun masih ada ketegangan kaum dan agama, namun telah ditangani dengan baik dan cara yang memuaskan," katanya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment