Monday, June 29, 2015
Panassss!!!!! Selepas Mahu Kembali Jadi MB, Khalid Gesa Azmin Berundur
Petaling Jaya : Selepas menawarkan diri untuk kembali menguasai
pentadbiran kerajaan negeri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi
gesaan supaya Mohamed Azmin Ali berundur sebagai menteri besar Selangor.
Menurut Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang,
rakyat di Lembah Klang khususnya Selangor kecewa dengan sikap kerajaan
negeri pimpinan Azmin kerana didakwa tidak berkewibawaan untuk
menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.
"Sekiranya beliau sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana
kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air
Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya
ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam Dewan Negeri Selangor
sebelum ini.
"Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur
sekarang supaya Dewan dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar
layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab
berat ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Baru-baru ini Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR)
menawarkan diri untuk kembali mengetuai pentadbiran Selangor jika
mendapat kepercayaan walaupun dengan majoriti mudah.
Mengulas lanjut Khalid melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan
Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) membatalkan perjanjian dengan entiti
milik negeri Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
"Tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti memandangkan
'imuniti' yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd
(Splash), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak
tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan kegagalan berlarutan
kerajaan negeri memuktamadkan Perjanjian Utama yang dimeterai pada 12
September 2014 dengan kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad
(PAAB) dan Air Selangor.
"Walaupun Sultan Selangor sendiri telah berulang kali mengingatkan
jemaah pentadbiran negeri untuk memastikan penyusunan semula industri
air dimuktamadkan secepat mungkin tanpa bercanggah dengan semangat dan
terma Perjanjian Utama, namun titah Tuanku Sultan seolah-olah tidak
diendahkan sama sekali," katanya.
Sebelum ini Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn
Bhd berkata pihak mereka akan memulakan semula tindakan undang-undang
yang tertangguh sementara menunggu penyelesaian penstrukturan semula
industri air Selangor.
Langkah itu bertujuan untuk mendapatkan balik hutang tertunggak oleh
Kerajaan Negeri Selangor yang mencecah RM4.97 bilion pada 31 Mac, 2015.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment