Tuesday, June 30, 2015
PAS Jangan 'Syok Sendiri' Tumpu Masalah Dalaman Parti
Naib Presiden PAS Pusat yang baru dilantik Datuk iskandar Samad 
mengingatkan barisan pimpinan baru parti itu tidak 'syok sendiri' dan 
tidak hanya menumpukan urusan dalaman parti sahaja.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata pemimpin parti itu 
harus 'terjun' ke dalam masyarakat agar mereka peka pada masalah dan 
keperitan yang dihadapi golongan itu.
Jika tidak PAS hanya akan terkenal dengan jumlah ahli yang ramai tetapi 
pemimpinnya tidak mendapat sambutan di kalangan ahlinya, ujar Iskandar.
"Walaupun program-program pembinaan dan pengukuhan ahli teramat penting tetapi jangan pula rakyat dilupakan.
"Program-program yang khusus untuk rakyat perlu sentiasa dianjurkan. 
Atau program-program yang inklusif yang membolehkan masyarakat turut 
bersama," tulisnya dilaman sosial Facebooknya, Selasa.
Iskandar berkata PAS adalah parti dakwah, justeru pemimpinnya harus 
menyasarkan semua rakyat dan bukannya hanya fokus kepada ahlinya 
semata-mata.
"PAS adalah juga parti dakwah. Dakwah bukan hanya kepada ahli-ahli tetapi kepada seluruh rakyat.
Islam adalah rahmat untuk semua. 
"PAS juga mesti menjadi rahmat untuk semua. Bukan sahaja untuk orang PAS
 dan orang Islam tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira 
bangsa dan agama," ujarnya.
Pimpinan baru PAS yang dipilih pada pemilihan parti 4 Jun lalu kerap 
kali dikritik kumpulan G-18 sebagai tidak mampu membawa parti ke satu 
tahap lebih tinggi. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment