Monday, June 29, 2015
Tuhan Masih Redha Najib Jadi Perdana Menteri Malaysia.. Alhamdulillah!
Kalau ahli Umno sibuk bising bila Presiden Umno umumkan penangguhan 
pemilihan parti selama 18 bulan, itu kita boleh faham sebab 
masing-masing nak "up"kan pemimpin pujaan dorang.., tapi bila puak-puak 
pembangkang yang terlebih meroyan, itu memang kelakar..
Najib tangguhkan pemilihan parti diatas sebab nak kukuhkan barisan 
kepimpinan. Najib tahu kalau ada pemilihan, bermakna akan ada 
pertandingan yang akan huru-harakan parti melayu terbesar dalam negara 
tu..
Korang tengok apa jadi pada PAS selepas Muktamar.., habis semua tunggang
 langgang sebab ada pemimpin popular kalah dalam pemilihan.. Presiden 
PAS tetap menang bergaya walaupun teruk kena kutuk dan kena fitnah oleh 
puak-puak khawarijj bertopengkan DAP dalam PAS..
Dan sekarang, pemimpin-pemimpin PAS yang kalah nak buat parti baru 
kononnya untuk teruskan perjuangan demi memartabatkan umat Islam.. 
Ulamak-ulamak dalam PAS langsung dorang tak percaya dah sebab 
terpengaruh dengan ideologi Anwar dan DAP..
Najib bijak sebab dia tak mahu Umno menerima nasib yang sama.. Najib 
tahu beliau akan menang jawatan Presiden sebab sokongan terhadap beliau 
sangat kuat khususnya di Sabah dan Sarawak. Tapi jawatan lain dibawah 
pasti akan ada pertukaran.. Itu perpecahan yang Najib tak mahu tengok..
Kalau ada geng pembangkang kata Najib takut untuk buat pemilihan sebab 
nak tutup kes 1MDB, itu memang lawak antarabangsa.. Kalau betul Najib 
takut dengan 1MDB tu, dah lama dia letak jawatan macam yang Mahathir 
suruh.. Tapi sampai sekarang Najib relaks dan cool sebagai Perdana 
Menteri Malaysia..
Percayalah.., kes 1MDB tu akan selesai nanti dan akan dibuktikan bahawa 
fitnah pembangkang dan Mahathir tak ubah seperti sisa makanan di celah 
gigi sahaja.. Nampak luar saja buruk tapi mudah sangat nak dibersihkan..
 Sekarang ni pun dah banyak terbukti fitnah 1MDB tu menipu saja dari 
sumber-sumber yang entah apa-apa..
Isu Tabung Haji dah selesai dan mana suara-suara yang sibuk "menyalak" 
kata duit pencarum dalam Tabung Haji habis hilang disonglap oleh 1MDB 
hari tu?
Sekarang ni suara-suara yang sama juga lah "menyalak" pasal isu MARA.. 
Memang hobi puak-puak tu menyalak.., tapi yang kesiannya adalah 
penyokong-penyokong puak tu yang sibuk sama menyalak tanpa tahu kenapa 
dorang menyalak.. Lawak tu kalau difikirkan..
UMNO ni adalah gabungan kerjasama bangsa melayu di Malaysia untuk 
mentadbir kuasa politik dalam negara. PAS pula adalah parti melayu kedua
 terbesar selepas UMNO di Tanah Melayu ni.. Maka fahamlah kenapa 
puak-puak pembangkang terutamanya pemimpin bukan melayu dorang yang 
beria-ia mahu jatuhkan UMNO dan perkudakan PAS..
Semua tu dibuat dengan satu matlamat untuk meruntuhkan kuasa politik 
melayu di tanah melayu sendiri.. Usaha puak-puak liberal tersebut takkan
 berhenti selagi gabungan bangsa melayu didalam UMNO memegang tampuk 
kuasa.. Ini realiti yang terjadi sekarang.
Jadi sebagai pemimpin utama UMNO yang mewakili majoriti politik bangsa 
melayu, Najib terbukti cerdik dan bijak berpolitik.. Bukan senang nak 
melawan propaganda jahat dari pembangkang yang kerjanya memfitnah 24 jam
 sehari.. Bukan senang nak memuaskan hati bekas Perdana Menteri yang tak
 sedar dia dah pencen dan dah bukan lagi layak mentadbir negara.
Dan bukan senang untuk melayan karenah-karenah Menteri serta 
kepala-kepala penjawat awam yang sibuk berpolitik mengutuk kerajaan 
sendiri walhal dorang makan gaji buta setiap bulan. Sebab itulah Najib 
merupakan oemimpin terbaik yang ada untuk bangsa melayu setakat hari 
ini..
Tuhan redha Najib jadi khalifah di Malaysia sepertimana Tuhan kurniakan 
jawatan berkenaan pada Mahathir selama 22 tahun sebelum ni.. Nak kata 
Najib tak layak dan tak patut jadi Perdana Menteri??? Sila lah hantar 
komen anda kepada Tuhan melalui doa-doa selepas sembahyang ye.. Sebab 
Najib dilantik oleh rakyat melalui redha Tuhan.., bukannya redha 
Mahathir mahupun Lim Guan Eng!! 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment