 
 Monday, June 29, 2015
Jangan Takut, Arul Takkan Lari Masuk Kedutaan Turki!
EDITOR MENULIS...
29 JUN 2015
Rasa menyampah pula saya pada sikap mengada-ngada Lim Kit Siang 
dan Tony Pua yang seolah cuba mencetus persepsi negatif, cuba mencuri 
tumpuan rakyat berhubung prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang 
Negara (PAC) terhadap 1MDB pada Ogos ini.
Kata mereka, kononnya Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat 
itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi akan cuba mengelak dari 
menghadiri prosiding siasatan tersebut dengan bantuan peguam terkenal, 
Tan Sri Shafee Abdullah.
Sudah tidak ada modal lainkah untuk bercakap mengenai siasatan 1MDB? 
Tidak bolehkah dibiarkan siasatan itu berjalan lancar seperti yang 
direncanakan PAC? Lagipun, apakah Kit Siang fikir Arul dan Shahrol akan 
lari, takut mengadap PAC?
Perlu diingat bahawa Arul dan Shahrol perlu mengkaji, meneliti, 
menelaah seluruh pengurusan 1MDB, termasuk dokumen-dokumen akaun 
syarikat itu sejak ditubuhkan dan perkara itu perlu dibuat dengan 
tumpuan yang cukup rumit dalam tempoh yang cukup singkat. Kalau tidak 
mengacau, bolehkah? Ini buka perkara main-main…
Apakah Kit Siang fikir Arul dan Shahrol akan lari seperti seorang 
makhluk Allah itu yang sebelum ini berusaha menyembunyikan diri, lari 
masuk ke dalam kedutaan Turki? Saya yakin mereka berdua bukan begitu 
sifatnya…
Lagipun, termasuk semalam, sudah dua kali mereka berdua ulang 
pendirian dan menegaskan bahawa mereka akan hadir bersemuka dengan PAC 
pada Ogos nanti. Jadi tak perlu takut. Mereka takkan lari dan penulis 
yakin KDN dan takkan lepaskan mereka jika mereka berniat mahu melarikan 
diri…
Dengan ikrar tidak melarikan diri itu, saya juga percaya bahawa 
mereka berdua tidak mempunyai sebarang perkara yang cuba disembunyikan 
dari prosiding siasatan PAC.
Mereka bukan seperti ‘seorang itu’ yang 
‘lari’ dari berdepan kes ‘Memali’ dengan menghantar Tun Musa Hitam untuk
 di’kambing hitam’kan…
Jadi, tidak perlulah sebar spekulasi untuk memburuk-burukkan 1MDB di 
minda rakyat Malaysia. Bercakap begitu hanya akan membuat ramai pihak 
memandang rendah sikap pembangkang yang sememangnya sudah rendah…
Sebaliknya, Kit Siang pulang ke rumah dan duduk di depan cermin 
selama mungkin. 
Suluh diri dan DAP yang sehingga kini masih dilanda 
kemelut dalaman yang mampu mengakibatkan parti itu dilabel tidak sah 
oleh RoS.
Ahli CEC yang kononnya menang pada pemilihan pucuk pimpinan DAP dulu 
sudah disahkan RoS atau belum? Sudah ‘secure’ atau belum kedudukan Lim 
Guan Eng dan ‘Dinasti Lim’ di dalam pucuk pimpinan DAP? Betty bagaimana 
pula?
Bagaimana pula dengan hubungan DAP dan PKR? Sudah pujuk Datuk Seri 
Wan Azizah untuk ‘kowtow’ pada ‘Dinasti Lim’? Bila pula mahu dibentuk 
Pakatan Haram baru? Sudah bincang dengan PasMa? Kenapa lambat sangat?
Sudah selesaikan ‘tapak’ Zairil Khir Johari di Kedah? Dengar 
khabarnya ‘Melayu celup’ itu terima tentangan hebat dari seluruh DAP di 
negeri tersebut…
Jika parti sendiri pun kelam-kabut, pakatan yang haram pun tidak 
mampu dijaga dan tidak sedar-sedar diri juga dari ‘kabinet bayang-bayang
 syok sendiri’, tidak perlulah campur tangan siasatan dalam dunia 
perniagaan…
Disediakan oleh :
 
 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 


 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment