Monday, June 29, 2015
Anda Bayangkan Lah....Hormatnya!!!! Najib Tidak Akan Serang Keperibadian Tun M
Petaling Jaya : Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menyerang
keperibadian dan mengungkit sejarah silam Tun Dr Mahathir Mohamad dalam
menjawab dakwaan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu.
Najib mengingatkan supaya setiap tuduhan oleh Dr Mahathir perlu dijawab dengan fakta bukan serangan peribadi.
Ini kerana, Perdana Menteri amat menghormati dan memandang tinggi Dr Mahathir sebagai negarawan ulung.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui laman sosial Instagramnya.
Katanya, beliau berbual tentang hal ehwal semasa termasuk kritikan Dr
Mahthir selepas selesai Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Perdana
Menteri Bersama ulama dan pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam
di kediaman rasmi Perdana Menteri pada Sabtu.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu memberitahu,
sikap yang ditunjukkan Najib itu membuktikan beliau seorang pemimpin
yang berjiwa besar.
“Begitulah Najib seorang pemimpin berjiwa besar walaupun difitnah dan ditohmah,” tulisnya.
Asyraf Wajdi berkata, dalam perbualan singkat itu, Perdana Menteri
sangat mengambil tahu dan menyelami masalah rakyat dan banyak tindakan
telah diambil dengan segera demi kepentingan rakyat tanpa diketahui
umum.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment