Monday, June 29, 2015
Hadi Awang Tak Payah Takut.. Keluar Saja Dari Pakatan Itu...
Elehhh..., PAS bersedia nak tinggalkan Pakatan Rakyat lah kononnn.. 
Ulamak-ulamak PAS nak test market lah tu.. Nak tunggu tengok sapa nak 
pujuk dorang bila dorang acah nak tinggalkan Pakatan.. Kuat berlakon 
betui lah puak-puak serban ni kann..
Patutnya Presiden PAS terus 
umumkan keluar dari Pakatan rakyat tanpa bagi warning apa-apa.. Itu baru
 dinamakan berani dan anak jantan beb.. Ini setakat acah-acah kononnya 
bersedia nak tinggalkan DAP dan PKR, budak-budak kecik pun tau itu semua
 taktik tipu dan wayang cina dari PAS je..
Sebelum ni pun 
bukannya PAS tak pernah flip flop dan bermuka-muka.. Yang paling baru 
ialah dalam PRK Permatang Pauh hari tu. Awalnya bukan main kata ahli PAS
 akan boikot dan tak akan undi Wan Azizah kipas. Kononnya sebab 
perjuangan hudud lah bagai.. Last-last berbondong-bondong ahli PAS 
keluar mengundi jugak pada hari mengundi.
Kesian Abang Mie 
menangis tak berlagu kat tepi bendang sebab kalah pilihanraya.. 
Mula-mula masa kempen, Abang Mie nampaklah jugak sinar kemenangan di 
hujung terowong.., akhirnya semua gulap gulita angkara kemunafikan 
puak-puak PAS di Permatang Pauh khususnya di DUN N11 Permatang Pasir.
Pasal
 tu lah yang Spy kata Hadi patut keluar terus je tanpa main tarik tali 
dengan DAP dan PKR.. Insaf-insaflah Hadi oii.. Berapa kali mau tipu 
daa?? Nak tunggu apa lagi dalam Pakatan tu..? Kata nak tegakkan 
perjuangan Islam, tapi kejadah apa perjuangan Islamnya kalau DAP dah 
terang-terang tolak Hudud dan negara Islam dalam Pakatan?
Lagipun
 Ah Beng dah secara jelas kata DAP bersedia untuk memerintah Malaysia 
kalau dorang berjaya tawan Putrajaya nanti. Tak ke masa tu PAS kena 
tendang buta-buta je beb.. Takkan ini pun Hadi dan para pentaksub parti 
cap bulan purnama tak boleh nak faham lagi? DAP tak perlukan korang la 
weii.., korang je yang sibuk cium lutut ah beng tu tauu.
Kalau 
pun PAS malu nak berkerjasama dengan UMNO bila dah keluar dari Pakatan 
nanti, boleh je PAS bergerak sendiri macam zaman Ustaz Asri Muda dulu. 
Rasanya PAS akan lagi kuat dan berpendirian bila tak bersama DAP dan 
PKR. 
Sekarang ni kalau menipu je mesti PAS.. Kalau flip flop pun
 mesti PAS jugak.. Semuanya kerana apa?? Kerana nak jaga hati cina DAP 
laa.. Kesian kat PAS.. Mat Sabu pun dah pandai jaga hati cina lebih dari
 jaga hati ulamak. Brengsek betul la Mat Sabu tu kan!! Sunat sekali lagi
 baru dia tauu.. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment