EDITOR MENULIS...
29 JUN 2015
Tahap kebencian melampau yang ditanam 
dan dipromosikan penyokong pembangkang dan penyokong Tun Mahathir ke 
atas syarikat 1MDB (berasaskan laporan palsu), telah mula menunjukkan 
kesan apabila keputusan murni 1MDB membina semula Masjid Jamek Kg Baru 
dengan kos RM 20 juta, menjadi bahan cemuhan.
Buat masjid pun kena kutuk?  Betul rosak otak.
Malah ada bekas orang kuat media pro Tun
 Mahathir menganggap pembinaan semula masjid tersebut sebagai satu cara 
mencuci dosa Perdana Menteri, masya Allah hitamnya hati.  Saya pun 
tak pasti dia rujuk amalan agama mana satu kerana tidak wujud amalan 
‘mencuci dosa’ dalam Islam.
Dosa hanya boleh hapus dengan meminta ampun dan diampunkan, bukan bina masjid.
Komen-komen dalam media sosial jangan 
cakaplah, sekilas pandang macam bukan dalam bulan puasa dan kita sedang 
berada di sebuah negara lain, bukan Malaysia.
Demi menjelaskan semua pembohongan yang 
dilemparkan, 1MDB mengeluarkan satu kenyataan lewat petang tadi – 
 pertama kali berlaku di negara ini buat sebuah syarikat yang 
membantu membangunkan semula masjid!!
Semua ini bagaimanapun adalah bukti 
kerosakan yang dibawa oleh pendekatan politik kebencian yang dimulakan 
Tun Mahathir dan kuncu-kuncu pembangkangnya dalam soal berkaitan 1MDB 
ini.
Apatah lagi hampir pasti sekarang 
maklumat yang memulakan semua kegilaan ini adalah maklumat palsu yang 
disalurkan seorang bekas eksekutif Petro Saudi yang ditangkap di 
Thailand baru-baru ini.  Kalau maklumat dari sumber yang sah tu tak 
mengapalah juga.
Semoga Tuhan memberikan masa yang cukup untuk beliau bertaubat.
Disediakan oleh :
 Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban  
 
No comments:
Post a Comment