Monday, June 29, 2015
Isu Air Di Selangor : Azmin Lebih Gagal Dari Khalid Sebab Batalkan MoU
29 Jun 2015, Kuala Lumpur : Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari 
ini menurut laporan media menafikan bahawa beliau gagal untuk 
menyelesaikan isu kekurangan bekalan air di negeri itu.
Kritikan bahawa Azmin gagal dibuat oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri 
Abdul Khalid Ibrahim dinafikan oleh Azmin dengan alasan bahawa beliau 
hanya menerajui pentadbiran negeri selama sembilan bulan.
“Dia gagal untuk menjelaskan (isu air di negeri ini) selama enam tahun,” kata Azmin menyalahkan Abdul Khalid.
Sebelum ini Khalid menerusi kenyataan menggesa supaya Azmin 
menyelesaikan masalah air di negeri ini dengan segera atau meletakkan 
jawatan.
Azmin ditemui selepas mesyuarat PKR Selangor yang menyentuh mengenai perkembangan baharu dan dasar-dasar kerajaan negeri.
Bagi orang ramai, kegagalan Azmin lebih buruk berbanding kegagalan 
Abdul Khalid kerana bekas Menteri Besar yang sudah dipecat dari PKR itu 
berjaya memeterai perjanjian penstrukturan semula industri air di 
Selangor untuk memberi laluan kepada pembinaan loji rawatan air baru 
iaitu Langat 2, demikian lapor lamanweb pru14.tv.
Menurut laporan itu lagi sampai ke tangan Azmin sebagai Menteri 
Besar, beliau lah yang pandai-pandai membatalkan perjanjian berkenaan 
atas sebab lain dan sehingga hari ini ia tergendala.
Sepatutnya Azmin malu dengan keadaan ini dan tidak menyalahkan orang 
lain dalam isu bekalan air kerana rakyat negeri Selangor sudah semakin 
marah dengan sikap dan cara pentadbiran negeri itu dalam menyelesaikan 
itu air.
Azmin membuat penafian itu selepas mempengerusikan mesyuarat PKR 
Selangor yang turut membincangkan pekembangan terbaru negeri termasuk 
dasar-dasar kerajaan.
Pada 30 Mac lepas, Azmin ada berkata bahawa kepentingan rakyat dan 
kedaulatan negeri Selangor akan diutamakan dan dipastikan terjamin dalam
 perjanjian penstrukturan air.
Beliau berkata komitmen itu mengikut titah baginda Sultan Selangor 
Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu perjanjian itu dimuktamadkan 
segera.
“Saya dah nyatakan berulang kali bahawa kami komited untuk 
memuktamadkan perjanjian utama industri air di Selangor dengan syarat 
kerajaan pusat tidak berganjak daripada semangat dan prinsip dalam terma
 perjanjian yang telah ditandatangani.
“Dan ini ditegaskan sendiri oleh Sultan Selangor supaya kerajaan 
negeri memelihara kedaulatan negeri selangor,” katanya pada masa itu.
Sehingga kini selepas Mac, sudah hampir tiga bulan tetapi di manakah penyelesaian yang dibuat oleh Azmin?
Perlu diingat, Azmin menjadi Menteri Besar bukan atas mandat rakyat 
tetapi selepas kemelut pelantikan Menteri Besar yang baru berlarutan 
hasil kegagalan ‘Langkah Kajang’ yang mahu mencalonkan Presiden PKR 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar pada ketika 
itu.
Azmin perlu berhenti menjadi seperti mentornya iaitu Ketua Umum PKR 
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gemar menyalahkan orang lain dan perlu 
memberi fokus kepada pentadbiran negeri khususnye berkenaan konflik isu 
air di negeri itu.
Penduduk Selangor sudah bengang dengan beberapa siri catuan air yang 
dilaksanakan tanpa notis menyebabkan rutin harian mereka terganggu dek 
kerana ketiadaan air.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment