Monday, June 29, 2015
Jeng...Jeng...Keputusan Putus Hubungan Dengan DAP Lepas Aidilfitri
Kuala Lumpur : Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan 
memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua 
Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Beliau berkata ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap.
"Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. 
Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar 
Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.
"Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya, katanya kepada 
pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (Mara) di sini, 
Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul 
Dewan Ulama PAS Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar 
lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP.
Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015, berkata Dewan 
Ulama  akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu 
nanti.
"Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura," katanya.
Terdahulu, Mahfodz bersama anggota Dewan Ulama yang lain menyerahkan 
memorandum kepada pengurusan Mara supaya siasatan penuh dan telus dapat 
dilakukan berhubung kes pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh 
Mara Inc.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment