Monday, June 29, 2015
Polis SAHKAN Tak Ada Pecah Amanah Dalam Isu MARA.
Polis mendapati tiada unsur pecah amanah (CBT) dalam pembelian sebuah apartmen oleh MARA di Australia.
Oleh itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata 
keseluruhan siasatan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM).
"Kami tidak nampak ada unsur CBT dalam perkara ini, jadi pihak SPRM akan
 jalankan siasatan sepenuhnya," katanya kepada pemberita di Bukit Aman 
hari ini.
Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa Mara Inc terlebih bayar 
RM13.7 juta untuk pembelian sebuah kompleks apartmen di Melbourne, dan 
mendakwa wang perbezaan itu dijadikan rasuah di tanah air.
Minggu lepas polis Australia menyerbu sebuah rumah di Melbourne sebagai 
sebahagian daripada operasi untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Ketika diminta mengesahkan Bahagian Jenayah Perdagangan (CCID) tidak akan terlibat, Khalid menjawab, "Tidak pada masa ini."
"CCID tidak terlibat, buat masa ni tidak terlibat, seperti saya cakap tadi, tidak ada unsur CBT dalam kes ini," katanya.
MARA setakat ini mendakwa ia telah membayar kurang daripada nilai hartanah yang dikenali sebagai Dudley House itu.
Bagaimanapun ia telah meminta penjelasan daripada Mara Inc.
Majlis MARA akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan laporan yang diberikan oleh Mara Inc itu. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment