Monday, June 29, 2015
Prestasi PAS Menurun Tanpa Suara Progresif - Khalid Samad
Petaling Jaya : Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad percaya 
prestasi parti itu yang kini diterajui kumpulan ulama mungkin akan 
menurun tanpa suara progresif.
"Sudah ada pelbagai isu dalam kepimpinan yang lalu. Jadi apabila 
kumpulan yang dikenali sebagai 'progresif' tiada lagi dalam parti, wujud
 kebimbangan bahawa trend itu akan menjadi lebih buruk.
"Saya bukan mahu buat penilaian kerana kita perlu melihat apa yang bakal berlaku selepas seratus hari.
"Tetapi kebimbangan kami ialah mengenai isu-isu di mana kurangnya 
persefahaman antara rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Mengulas lanjut Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengkritik dasar PAS yang disifatkan tidak inklusif.
"Dalam keadaan sekarang, perkara yang tidak kelihatan berjalan baik 
ialah mengenai hubungan dengan DAP dan badan-badan bukan kerajaan yang 
lain kerana tidak seperti sebelum ini apanila lebih inklusif," katanya. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment