Monday, June 29, 2015
Anwar Akan Bantu Najib Lawan Mahathir??? Biar Botol Jang!!
Apaa?? Najib akan jumpa Anwar untuk minta bantuan lawan Mahathir?? Itu 
memang lawak beb!! Entah dari mana lah si pembuat cerita tu dapat idea 
yang kata Najib akan minta bantuan Anwar.. Spy terbaca cerita tu dalam 
Malaysiakini yang merujuk kepada penulis yang bernama A Kadir Jasin. 
Pandai betul pakcik tu berimaginasi kannn..
Apapun korang kena ingat, Anwar sekarang ni sedang merenung nasib 
didalam penjara Sg Buloh. Nasib Anwar sendiri pun terumbang ambing, 
logik ke kalau Najib nak datang jumpa dengan Anwar semata-mata mahu 
menjatuhkan Mahathir? 
Lagipun, Mahathir tu sekadar bekas Perdana Menteri yang sedang merangka 
agenda untuk mengekalkan legasi politiknya. Segala serangan yang dibuat 
oleh Mahathir hanyalah semata-mata mahu menjamin karier politik anaknya 
yang sorang tu. Alahhh.., yang hensem walaupun kurang rambut sikit tuu..
Sebenarnya dah ramai orang tahu, Mahathir mahu Najib berundur untuk 
digantikan dengan orang yang mampu menjamin kedudukan anaknya didalam 
politik Malaysia. Mahathir tak senang kalau anaknya sekadar hanya mampu 
jadi MB.., mungkin dia nak anak dia pergi lebih jauh macam dia jugak. 
Katanya..., orang yang diharapkan ganti Najib tu nanti akan menjamin 
laluan abam botak didalam mengejar tahta lebih tinggi.. Siapa agaknya 
orang tu kann... hehehe
Dan lagi, kalau korang nak tahu.., Mahathir meroyan serang Perdana 
Menteri Malaysia dan UMNO katanya sebab permintaan dia untuk kerajaan 
selamatkan Proton dan buat Jambatan Bengkok tak dilayan oleh Najib. 
RM1.7 billion beb dia minta untuk Proton sahaja. Jumlah tu adalah untu 
nak cover kerugian Proton sejak Mahathir ambil alih hari tu laa.. Jualan
 Proton pun dah jatuh teruk lebih dari setengah berbanding tahun lepas..
Jadi.., untuk atasi semua karenah Mahathir ni, Perdana Menteri tak perlu
 bantuan dari Anwar pun beb.. Mahathir tuduh Perdana Menteri rugikan 
duit rakyat melalui 1MDB, tapi sekarang dah semakin terbukti bahawa 1MDB
 tak menggelapkan duit seperti yang Mahathir dakwa.. Mahathir semakin 
terperangkap dalam mainan persepsi macai-macai pembangkang yang cuba nak
 jatuhkan kerajaan dengan dakyah buruk mengenai 1MDB.. Tak cerdik jugak 
la Mahathir tu kann.. Hahaha..
Mahathir juga tuduh perlaksanaan GST oleh Perdana Menteri akan rugikan 
negara dan rakyat akan lari dari menyokong kerajaan.. Tapi korang 
sendiri fahamlah.., "rakyat" mana yang Mahathir maksudkan? Dalam 
Malaysia ni apa je yang "rakyat" tu setuju dengan kerajaan?? Kalau 
boleh, semua undang-undang didalam negara ni dorang nak hapuskan..
Tak semua yang "rakyat" mahu tu betul beb.. Contohnya ISA.., ramai je 
"rakyat" yang bermahzab Pakatan Rakyat suruh kerajaan hapuskan diatas 
nama kemanusiaan.. Dan bila Najib mansuh ISA dan digantikan dengan Akta 
Hasutan, korang tengok la sendiri kerosakan yang berlaku..
Ini sikit bukti yang menunjukkan apa yang "rakyat" nak tu tak perlu 
dilayan sebenarnya.. Kalau nak kata GST akan rugikan negara, Mahathir 
dan rakyat-rakyat yang meroyan pasal GST ni harus tengok 180 negara yang
 dah laksanakan GST termasuklah Singapura.. Ada ke rakyat dorang meroyan
 macam "rakyat" di Malaysia???
Lagipunn.., tak mungkin puak-puak Pakatan tu akan mansuhkan GST dan 
lain-lain kalau dorang ditakdirkan Allah SWT untuk merampas Putrajaya. 
Berani kerat jari laa beb!! Tak percaya?? Pergi la tanya Guan Eng bila 
dia nak hapuskan TOL di Sg Nyiur.. Dah 2 kali pilihanraya beb dia 
kencing rakyat Penang.
Apapun percayalah!! Perdana Menteri tak akan perlukan bantuan dari Anwar
 untuk menghadapi serangan Mahathir dan konco-konconya. Setakat nak bagi
 anak jadi Perdana Menteri dalam tempoh 10 tahun dan marah sebab Najib 
tak bagi duit, itu memang alasan brengsek dari seorang bekas PM yang 
memerintah selama 22 tahun beb.
Nampak sangat kediktatorannya disitu.. Bila tak dapat apa yang dia nak, 
terus meroyan serang lah bagai.. Sampai ke bini kawan tu pun dia tibai 
fitnah.. Betul-betul punya desperate tu beb.. Dia sebenarnya tahu dia 
dah tak ada kuasa.., cuma setakat nama dan kenangan lama je.. Pasal tu 
lah yang meraban sangat suruh orang ikut cakap dia.. Berlagak je 
lebihhh.. Hahahaha..
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment