Tuesday, June 30, 2015
Ambil Peduli Kesihatan Anwar, Mulianya Najib
Untuk makluman, hari ini 1 Julai 2015 
dan Perdana Menteri negara kita masih orang yang sama iaitu Datuk Seri 
Najib Tun Razak.  Nampaknya rancangan  para konspirator nak mengundurkan
 beliau yang disasarkan pada bulan Jun lepas, tidak menjadi – Tuhan tak 
kasi.
Mungkinkah ada tarikh baru selepas ini, 
macam Anwar menganjakkan pengumuman jadi Perdana Menteri setelah sketsa 
penipuan 16 September 2008 dulu tak menjadi, penulis tidak tahu dan 
tidak akan peduli.
Oh ya, cakap pasal Anwar, Perdana 
Menteri dalam status Facebooknya semalam memaklumkan akan kepedulian 
beliau terhadap tahap kesihatan Anwar dan mahu pihak yang berkenaan 
mempastikan rawatan yang sewajarnya untuk musuh politiknya itu.
Anwar yang meninggalkan bukti sejauh 4cm
 dalam satu kejadian liwat, kini dikatakan ada ketumbuhan sebesar 4cm 
juga  di buah pinggangnya.
4cm atau tidak, bukan kita kisah, lantak
 le.  Dengan duit dan harta yang dia ada, membedah buah pinggang untuk 
meletakkan ketumbuhan palsu bukanlah suatu yang mustahil dilakukan.  Ini
 Anwar kita cakap ni, magician politik nombor 1.  Bangla 40k entah 
datang mana mengundi pun kita tak tahu, tapi Anwar boleh ‘wujud’kan 
macam itu saja, apa sangat ‘ketumbuhan’?
Yang kita kagum dan harukan sekarang ialah keprihatinan Perdana Menteri itu.
Orang ini (Anwar) sudah buat macam-macam
 ke atas beliau.  Apa yang buruk pasal Perdana Menteri yang Anwar tak 
pernah sebut, apa benda yang dia dan macainya tidak fitnah Perdana 
Menteri? Bunuh orang, zalim, penipu, penindas dan sebagainya, semua ada.
Tapi ketika Anwar ‘sakit’ semasa dipenjara, Perdana Menteri mengambil peduli tentang perkara tersebut, oh mulianya hati.
Ini saja menunjukkan Perdana Menteri 
bukan biasa-biasa, tapi istimewa orangnya.  Kalau penulis jadi beliau – 
dengan apa yang Anwar pernah lakukan terhadapnya, lantaklah apa nak jadi
 kat kau dalam penjara tu.
Kesimpulannya, inilah bukti pemimpin 
yang baik dan prihatin, walaupun terhadap musuh politiknya sendiri.  Tak
 hairan kenapa Tuhan masih kekalkan beliau sebagai Perdana Menteri kita 
semua hari ini dan untuk satu jangka masa yang panjang juga Insya Allah.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment