Monday, June 29, 2015
Parti Baru Hanya Bersifat 'Sementara' - Nasrudin
Kepala Batas : Hasrat kumpulan pemimpin progresif PAS, yang dikenali 
sebagai G-18, untuk menubuhkan parti baru, disifatkan sebagai 
'sementara' dan tidak akan berkembang, kata Ketua Penerangan PAS, 
Nasrudin Hassan. 
Ahli Parlimen Temerloh itu juga berkata, fenomena tersebut akan beransur-ansur hilang tidak lama lagi.
"Saya rasa (G18 dan PasMa) tak ke mana. Perancangan mereka itu tidak 
akan berkembang," kata Nasrudin kepada pemberita selepas ceramah yang 
diadakan oleh kepimpinan PAS yang baru di Pongsu seribu, Kepala Batas, 
semalam.
G-18, yang dianggotai oleh pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti, 
awal Jun lalu, dilaporkan telah mengadakan beberapa siri jelajah untuk 
mengumpul sokongan bagi menubuhkan parti baru.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu atau Mat Sabu bagaimanapun 
berkata, sebarang perkembangan sama ada benar-benar sah kumpulan itu 
mahu menubuhkan parti baru, hanya akan diumumkan selepas Aidilfitri 
kelak.  
Mengulas lanjut, Nasrudin dalam pada itu berkata, cadangan penubuhan 
parti baru itu 'sedikit sebanyak mengelirukan rakyat' dan 'mengganggu' 
situasi politik dalam negara.
"Saya nasihatkan meraka supaya tidak mengganggu hasrat PAS menjadi parti
 alternatif kepada Umno dan BN," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS
 Pusat. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment