Monday, June 29, 2015
Ustaz Ridhuan Tee Dedah Agenda Jahat Cina DAP Terhadap Islam
Penceramah Muallaf popular, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini 
membidas tindakan ultra kiasu yang sengaja memainkan isu berpakaian 
tidak sopan atau menjolok mata ketika berurusan di pejabat kerajaan 
dengan mengatakan ia sebagai usaha DAP menjadikan negara ini lebih barat
 dari barat.
Ridhuan berkata, tindakan mereka ini sengaja menjatuhkan maruah orang 
Islam dengan menampakkan bahawa tindakan mereka ini benar dan peraturan 
yang telah ditetapkan salah dari segi undang-undang.
Walhal, peraturan ini telah lama ditetapkan oleh kerajaan, tetapi 
sengaja untuk mengkaburi peraturannya supaya kerajaan dapat menarik 
balik etika pemakaian ini.
Tambah beliau, jika kerajaan tunduk dengan desakan ultra kiasu ini, maka
 negara akan menjadi lebih barat dari barat seperti yang mereka inginkan
 selama ini.
"Sudah lama peringatan dan kenyataan dipaparkan. Mereka sengaja gatal 
dan menguji kita. Mahu jadikan Malaysia lebih barat dari barat," kata 
Ridhuan Tee.
Tegas beliau, peraturan tersebut tidak menyalahi mana-mana agama dan 
tidak ada satu agama pun yang membenarkan pakaian menjolok mata.
Oleh itu, beliau memberi amaran kepada ultra kiasu supaya  berhenti 
memainkan isu ini dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
"Adakah peraturan itu salah? Adakah suatu masa nanti, ultra kiasu 
bertelanjang ke pejabat, baru nak bertindak? Tidak ada agama yang 
membenarkan pakaian menjolok mata," katanya.
Ridhuan turut membidas tindakan pemimpin G18 yang sanggup menubuhkan 
parti baru bagi membolehkan mereka berjuang dengan pemimpin ultra kiasu 
dengan tergamak memberi amaran kepada Pas supaya menarik balik keputusan
 berpisah dengan DAP.
Ridhuan berkata, selepas tewas dalam pemilihan golongan ini menubuhkan 
parti baru bagi menentang Pas dan berjuang DAP yang ultra kiasu, 
tindakan ini amat memalukan bagi pemimpin yang beragama Islam.
"Apakah umat Islam yang menyokong dan menyertai ultra kiasu tidak sedar bahawa tindakan mereka boleh menjejaskan akidah?
"Dalam kepala ultra kiasu Pas ini hanya nampak mahu menjatuhkan Umno dan
 menjadi menteri, Malah, sanggup menubuhkan parti baru dan tanpa segan 
silu memberi amaran kepada pemimpin Pas yang lain," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment