Monday, June 29, 2015
Najib Pemimpin Berjiwa Besar.. Berbeza Dengan Mahathir
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memuji 
tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berjaya menangani 
serangan peribadi yang dilemparkan Tun Dr Mahathir terhadap dirinya.
Asyraf berkata, beliau kagum dengan kepimpinan Najib sebagai perdana 
menteri yang berjaya menangkis dan menjawab dakwaan yang dilemparkan 
oleh bekas perdana menteri 22 tahun itu.
Menurut Asyraf, Najib pernah menceritakan dan menasihati beliau supaya 
tidak membalas dengan serangan peribadi, tetapi ianya perlu dibalas 
dengan fakta. 
Itu jelas menunjukkan bahawa menyerang keperibadian seorang bukan cara Najib untuk membalas serangan terhadapnya.
Selain itu, Najib juga menasihatinya supaya menghormati dan memandang 
tinggi Mahathir sebagai negarawan ulung walaupun beliau sering dicemuh 
oleh Mahathir.
Asyraf yang merupakan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 
(YADIM) memberitahu, sikap yang ditunjukkan Najib membuktikan beliau 
sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar berbanding bekas perdana 
menteri itu.
"Begitulah Najib seorang pemimpin berjiwa besar walaupun difitnah dan 
ditohmah," kata Asyraf yang dipetik menerusi laman Instagramnya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment