Monday, June 29, 2015
Skuad B-13 PPBN Sahut Cabaran Teong Kim, Juara Piala Iber Di Sepanyol...Tabik Lah
Petaling Jaya : Skuad muda Bawah 13 Program Pembangunan Bola Sepak Negara
(PPBN) muncul juara Piala Iber di Sepanyol selepas menewaskan pasukan
Sporting Lisbon 2-1 pada Sabtu.
Barisan pemain muda yang mendapat sentuhan bekas jurulatih akademi
remaja Bayern Munich, Lim Teong Kim ini beraksi penuh yakin biarpun
berdepan dengan salah sebuah pasukan muda terbaik di Eropah.
Sebelum aksi bermula, Teong Kim turut memberi semangat luar biasa kepada
pemain-pemain; "Jangan takut! Saya tidak peduli kita menang atau kalah,
tetapi kita mesti tunjukkan aksi di atas padang. Beritahu mereka supaya
datang dan lawan kita".
Dua gol Malaysia dijaringkan oleh Luqman Hakim Samsudin dan Mohd Hariz Mansor.
Pasukan Malaysia buat julung kalinya menyertai kejohanan Piala Iber B-13
yang turut membariskan akademi terkemuka Eropah dan serata dunia.
Piala Iber adalah kejohanan pelbagai peringkat umur yang dianjurkan pada
setiap tahun di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Portugal.
Selepas ini skuad muda negara bakal terbang ke Portugal bagi menyertai
satu lagi kejohanan Piala Iber Estoril bermula 30 jun hingga 5 Julai
ini.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment