Monday, June 29, 2015
Mahathir Sokong Najib Tangguhkan Pemilihan UMNO
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan 
menangguhkan pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun depan selama 18 
bulan adalah tindakan biasa.
Mahathir berkata, ketika beliau menjadi peneraju parti, beliau juga 
pernah menangguhkan pemilihan Umno kerana takut parti bergoncang.
"Saya dulu pun biasa tangguh juga pemilihan Umno. Saya tangguh pasal 
takut bergoncang dalaman, masalah dan perpecahan," kata Mahathir ketika 
melawat Ukir Mall.
Mahathir terdahulu sempat meluangkan masa melawat Ukir Mall yang 
menempatkan sementara peniaga komplek Pekan Rabu yang sedang dalam 
proses pengubahsuaian di bandar raya ibu negeri Kedah itu.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 
keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk menangguhkan pemilihannya bagi 
memberi peluang kepada parti untuk berkhidmat kepada rakyat dan 
mengukuhkan perpaduannya.
Beliau yang juga Presiden Umno berkata, penangguhan itu dibuat mengikut 
Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak kepada MT untuk 
menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment