Tuesday, June 30, 2015
Bukan Main Lagi Khalid Belasah Saja......Teraju Baru PAS Otak Sempit - Khalid Samad
30 Jun 2015, Kuala Lumpur : Kumpulan Anwarinas yang kalah teruk dalam 
pemilihan muktamar Pas baru-baru ini terus bertindak seperti ‘gunting 
dalam lipatan’ kepada parti itu apabila terbaharu menuduh sebahagian 
kepemimpinan baharu Pas berjiwa sempit.
Atas alasan itu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Ahli 
Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad tanpa berselindung berkata, 
Pas perlu digantikan dengan wadah perjuangan baharu kerana dakwanya, 
jiwa sempit akan menghalang kejayaan parti.
Tuduhan terbaharu Khalid itu merupakan sebahagian daripada siri kecaman 
terbuka oleh kumpulan Anwarinas terhadap kepemimpinan ulama yang kini 
menguasai Pas, tetapi hingga sekarang tiada sebarang tindakan disiplin 
diambil ke atas mereka.
“Dewasa ini sikap berjiwa sempit kembali menguasai sebahagian daripada 
kepemimpinan Pas. Teori-teori ‘penyusupan’ kembali dipopularkan dengan 
perasaan benci serta sangsi terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 
Islam juga kembali ditanam.
“Dengan sikap berjiwa sempit, Pas tidak akan mungkin mencapai kedudukan 
sebagai pemimpin atau penyatu keseluruhan gerakan Islam di Malaysia 
seperti mana yang diharapkan,” kata Khalid menerusi blognya, 
http://www.khalidsamad.com.
Pada muktamar Pas baru-baru ini, hampir semua kumpulan Anwarinas dalam 
parti itu ditolak, sekali gus mendorong golongan terbabit membentuk 
Kumpulan 18 (G18) diketuai bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau 
lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Selain merancang menubuhkan parti Islam baharu, bekas-bekas pemimpin Pas
 yang menganggotai G18 dan diketahui mempunyai hubungan rapat dengan 
DAP, berselang-seli secara berterusan memburuk dan menyerang 
kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment